Jan 12, 2010

Go for Green!

Baru-baru ini kerajaan negeri Selangor telah meminta para peruncit untuk tidak "memberi" plastik setiap hari Sabtu kepada para pembeli. Juga minggu lepas Ann balik ke rumah Ann sebentar di Selayang. Singgah sebentar di Guardian untuk membeli plaster. Semasa membayar, dapat lihat surat yang dipaparkan di kaunter mengenai penggunaan plastik tersebut. Bagi Ann, memang bagus kerana ada yang menyokongnya. Tetapi adakah peruncit kecil-kecilan seperti kedai Len Chong Hong atau kedai Al-Aqram belakang rumah Ann akan berbuat perkara yang sama?

Ann sendiri juga telah lama berbuat demikian. Selalunya jika ingin membeli barang, Ann prefer letak dalam beg sahaja. Lagipun, kuantiti barang yang dibeli bukanlah terlalu banyak. Al-maklumlah, bukan beli barang-barang sampai tak muat beg untuk diletakkan. Melainkan kuantitinya banyak. Jadi beg diperlukan. Selalunya Ann praktis benda ini semasa berada di universiti. Sebabnya? Plastik menyemakkan bilik! Tak tau nak simpan mana (bilik sudah dipenuhi dengan "khazanah").

Mungkin para pembaca merasakan bahawa benda ini nampak remeh tetapi sebenarnya kesannya adalah sangat besar. Apabila seseorang individu yang melakukan sesuatu perkara yang baik, mahu pun buruk, ia memberikan impak yang besar. Walaupun hanya kelihatan kecil dan remeh. So, let's go for GREEN!

2 comments:

Anonymous said...

bagus nye anak manja ibu nie :P

Miss Ann said...

ish!jgnla ckp cm2...truk...