Jan 18, 2010

Bermoralkah aku?

Semester ini Ann hanya dapat ambil 1 subjek kaunseling; Research Methods in Counseling. Yang selebihnya subjek moral (Intro to Moral Philosophy and Curriculum of Moral Education), bahasa (Bahasa Melayu Kerjaya dan Bahasa Arab) dan INSTED* requirement (Curriculum & Instruction and Theories of Personality). Co-curriculum pula dah pun pada level yang seterusnya iaitu Family Management & Parenting. Gabungan yang menarik dan memang banyak berfalsafah (ada kawan Ann yang tak suka philosophy subject. Membuatkannya pening! *itu kata dia*). Kesemua subjek-subjek ini memang menarik terutamanya moral. Adakah attend class moral membuatkan Ann semakin bermoral? Sebenarnya subjek moral itu adalah minor untuk B.Ed Ann manakala kaunseling adalah majornya. Adakah Ann akan mengajar subjek moral di sekolah menengah nanti? Ada kemungkinan kot tapi nak diikutkan seorang kaunselor mana boleh mengajar. Tapi realitinya begaimana? Risau juga sebenarnya sebab sebelum ni hanya mengajar budak-budak comel yang berumur 3 – 6 tahun je. So, manalah nak sama. In terms of sizes (lagi besar dari Ann kot), ages, thinking and curiosity, readiness and behaviours.

So, bila masuk class moral ni, adakah Ann akan jadi lebih bermoral? Objektifnya sampai ke? Ann pun tak pasti. Pening juga tau, nak-nak bila attend class Dr. Suhailah. Kalau dengan Dr. Johdi lagilah kot. Almost mid semester but I still didn't get any clues about the subjects. Usually by in the end of the semester, bila exam is just around the corner, barulah bertungkus-lumus nak memahami. That's the reality about typical student (maybe not!).

So, try to solve this situation:
Pada suatu malam, kira-kira pada pukul 2 pagi. Anda sedang memandu kereta bersama-sama ayah anda. Apabila tiba di traffic light, lampu bernyala merah. Ayah anda menyuruh anda meneruskan pemanduan tetapi anda mahu berhenti. Apakah yang anda perlu buat? Sebabnya?


No comments: