Apr 30, 2010

Annoying words

  • Dikala ini paling tak suka bila...
Ada orang menggunakan annoying words. Antaranya "ada aku kesah" dan juga "bisinglah". Dah macam tak tau adab and berbudi. Maaf kalau ada yang terasa. Tapi bila dah lama-lama cakap gitu, boleh "mengajar" kita untuk membalas balik apa yang dia cakap. Sangat, sangat dan sangat annoying. Perkataan gini pun boleh meretakkan ikatan persahabatan tau. Ann berkata gini sebab sekarang berada disituasi begitu. Mungkin ada yang kata Ann ni tak cool or what ever it is. Tapi sebagai seorang manusia, perlukan kita saling hormat-menghormati? Kalau nak orang respect kita, kita pun kenalah buat benda yang sama. Antara contoh penggunaan kata-kata tersebut begini:

Miss Ann: Kita kena hantar assignment ni cepat-cepat. Bila awak nak buat? Dah siap ke?
Mr. B: Ada aku kesah?
Miss Ann: Awak ni kenapa? Boleh tak jangan cakap gitu?
Mr. B: Awak ni. Bisinglah!

Ann tujukan kepada orang yang memang "tak kesah" dengan orang sekeliling. Dia nak Ann 24/7 amik peduli pasal dia TAPI dia tak pun. So, ada saya kesah?

  • Peningnya...
Dr. Ainol bagi task untuk dibuat. Dari pagi tadi dok ngadap laptop. Google benda ni tak jumpa-jumpa pun. Tajuknya "objectives vs. subjective assessment". Anyone would like to lend me your hand? *wink*

  • Sekarang ni...
Check my facebook. Aish! Ramai pulak yang dah engaged, sedang merisik, bakal engage dan ada yang dah nak kahwin. Ann? Bila? Ehm... Sedang tunggu mana-mana Putera yang nak datang merisik. hehe. In short, the answer remain unknown...

  • Esok...
My BFF, Cik Ain nak bertunang. Theme "pink putih". Tak sabar-sabar nak tengok~ (^_^)

Apr 29, 2010

RUQ C4.5a

Firstly, pics kat sini agak berterabut. But, it's ok... asalkan faham...hehe. Well, tibalah masanya nak memperkenalkan bilik baru Ann. Seperti yang tertera diatas. So, mari join Ann. Explore!!!


Selamat datang ke blok C 4.5. Lihatlah perkara normal di luar bilik girls... Kasut!!!


As usual, girls = shoes.


Nak 1? Meh pilih-pilih!!!


Bilik "kami" sangat convenient. Dekat dengan ampaian, water cooler, pantry, tangga dan toilet... Hebat kan? hehe


Tangga yang dimaksudkan...


Bukti~


My buddies...


Softboard ini kosong. Belum dipenuhi dengan hiasan. Kalah dengan Yati -_-


Our "ruang tamu". Nampak "D"? Itu compartment Yati~!


My key...


Di sudut lain pulak


Bilik Ann yang ada "A" itu...


Ada pokok? Interesting...


Agak-agak tinggi tak ni?


View dari tingkap bilik Ann


Agak banyak barang. hehe


Pic ni macam tak cantik *memang tak cantik pun*


Yang ni baru dikatakan heaven~~!

Apr 28, 2010

Siapa dia?

Disuatu tengahari yang terik. Sedang asyik memilih berus gigi kat convenient shop, tiba-tiba...

Cik A: Ann...!
Miss Ann: (menoleh ke kanan) ye...
Cik A: Hi!
Miss Ann: Hi! (sambil muka blur dan mengantuk. melambaikan tangan ke Cik A)
Cik A: Kenal tak ni?
Miss Ann: Aa... ye kot... lupalah... (ragu-ragu nak menjawab)
Cik A: Ann...! Ni roomate awak lah... (sambil mukanya agak sedikit kecewa)
Miss Ann: Err... ye ke... sorry... (muka bersalah)
Cik A: (senyum dan terus gi membayar di kaunter)
Miss Ann: (berkata dalam hati) Aish! macam mana aku nak balik pasni. Malu gila!!!

Dipendekkan cerita, Ann baru je sesi suai kenal pada malam sebelumnya. Tapi tak cam mukanya. Tengok sekali lalu je. Malu jugak tapi takpe... Lain kali jangan buat lagi. hehe.

Diawal cerita tadi Ann cakap sedang memilih berus gigi. Why? Dalam banyak-banyak barang yang nak diangkut ke UIA, berus gigi lah barang yang Ann terlupa nak bawa. So, malam sebelum tu, Ann amik alternatif lain untuk memberus gigi. Hanya perlukan:

Ubat gigi
Handkerchief (kalu boleh yang berbulu. bukan yang flat cam handkerchief lelaki)

Caranya mudah sahaja. Gunakan jari telunjuk. Letakkan handkerchief tadi di jari anda. Then, sedikit ubat gigi. Mulakan menggosok gigi macam biasa. Dah habis, jangan lupa cuci handkerchief tu tau!

Sedikit peringatan... hanya boleh digunakan untuk sementara sahaja. Lepas tu mestilah berusaha cari berus gigi. Tips ini hanya bila anda tertinggal berus gigi. Biasalah bila travel and lupa pulak benda kecik macam berus gigi. Selamat mencuba!

Apr 26, 2010

Hari Pertama

Warghh! Sangat mengantuk. Sekarang baru je pukul 10:45 pagi. Patut ada class ni tapi Ann dah pun drop atas pelbagai kesulitan. So, next class will be at 2p.m. Tak sabar nk balik ke bilik tapi my CF ni tinggalkan laptop pulak. Tinggalah sorang-sorang kat RC ni. FYI, ni adalah short semester. It will consist 7 weeks lectures. Pendek je kot. So, kena study awal-awal *macam ye je ni*!

Semalam pulak baru jer berpindah bilik. Block yang sama tapi ni pindah ke tingkat 4! Adeh! Apalah nasib ku ini. Nasib ada Yati yang still jadi my roomate. Then, dapat jugak line wifi UIA ni. Ni kaki pun dah agak sakit-sakit sikit. Macam baru lepas lari 100m jer. View dari bilik pun okay jugak. Pagi tadi sejuk jer. Tapi nk mandi pagi tadi shower tak keluar air sangat. Tak taulah sama ada pressure tak kuat or dah lama tk digunakan. Ni pun belum habis mengemas. Biasalah, rumah dekat bawa macam-macam. Ibu asyik mengomel barang penuh 1 kereta. My younger brother pulak cakap, "yang ni ke barang-barang awak?" (sila baca dengan nada terkejut ye...). Dia terkejut sebab tak pernah tengok kakak kesayangan dia bawa barang sebegini banyak ^_^

Ann lapar... Ada sesiapa nak temankan Ann makan? Brunch...


Apr 23, 2010

Macam mana nak jadi perempuan ~ Pandai Memasak

Ehmm... Tetiba pulak dah jadi part IV. Dan tiba-tiba jugak dapat idea nak memuntahkan idea tentang topic ni. Kali ni cakap pasal "perempuan wajib pandai memasak". Is it true? Well, perkataan masak je agak luas. Antaranya ialah masak makanan seharian [lauk-pauk], kek, biskut, roti dan puding. Bila cakap pasal ni selalu ibu Ann mengomel "awak ni suka masak yang biasa-biasa je. Ada bakat masak kek tapi tak suka pulak." Bila fikir balik, ada bakat ke masak kek? Dulu pernah tolong ibu masak kek. FYI, my mother is a great cooker in our household. She loves to bakes cakes, breads and cookies so much. Unlike me, more to "skillful" to cook several dishes and pudding. I not prefer to bake cakes, cookies or bread. Same goes to my mother, who does not prefer to cooks dishes. Kami kontra! Tapi ibu still pandai masak semua jenis. Saya kalah... (-_-)

So, perlu ke seorang perempuan tahu masak semua? Bagi Ann perlu tapi Ann still tak prefer masak kek or cookies. Tak tahu kenapa. Kadang-kala jelez tengok girl yang pandai masak kek. Kesedaran itu ada tapi tak dapat dibendung. huhu... Bila umur meningkat, (ala-ala macam nak kahwin gitu...) kena ada banyak ilmu memasak. Ann taklah sehebat ibu yang pandai memasak. But I cook with passion in it. Sedap? Tiada jawapan sebab Ann tak tau menilai masakan sendiri (^_^). Tapi family makan diorang okay je. Habis jugak lauk-pauk. ke sebab lapar sangat? hehe...

Ha! lagi 1... Pernah je kedengaran orang berkata, "KL girl tak pandai masak. Jangan cari bini yang asal KL." [sebab Ann orang KL] Soo..... TYPICAL! Aak menggelegak darah jugak. Pada Ann, tak kiralah dari mana pun asalnya, tak semestinya pandai or tak reti memasak. kat mana-mana pun sama je. Didikan keluarga yang membentuk seseorang. Kalau nak kahwin pun at least kena tahu memasak. Tak semestinya pandai memasak. Ingat tu... dua benda yang berbeza. Skill memasak boleh improve. Cuma suami kena bagi dorongan [bagi yang single macam Ann... husband-to-be]. Macam ayah Ann. Dia suka makan. Sebab tu ibu macam lagi suka nak memasak. Dari situ dia improve.

Cuti dah nak habis. Auwww...! -_- Tak ada masa dah nak masak untuk my family kat rumah. takpe... Lain kali ada ^_^

Apr 19, 2010

Living nearby is NOT a crime

Seperti yang termaklum, Ann sekarang belajar kat UIA, Gombak. Dan sesiapa yang mengenali Ann dengan lebih dekat mesti tahu Ann tinggal kat mana [Anyway, tinggal kat Selayang je. 20 mins from UIA]. Since Ann kat kolej lagi, memang kuliah dekat je pun dari rumah. 20 mins jugak. So, dari sini ada sesuatu yang really annoys me when "they" says "Ala... awak tak pelah. Rumah dekat jer. Tak macam kita". Oh duh! really typical! Kadang-kala marah jugak bila orang cakap macam tu. Macam satu kesalahan pulak. Ada ke macam tu? How about if they are in my shoes? Agak-agak boleh tak dapatkan bau yang sama? [eeuuuwww! hehe]. Hardly to explain. So, masa kat kolej, bila cakap gitu wat tak tau je. [masa kat kolej berulang-alik dari rumah].

So, now I'm at UIA and have to stay at the hostel there [called it as "mahallah" - arabic word]. Namun begitu ada jugak suara-suara sumbang yang boleh ku dengari. By the way, I seldom went back to "my hometown" because of many reasons:
  • Attend programs
  • Masa singkat. Class on Mon. Takkan nak balik on Sat... Penat woo!!
  • Kalau nak balik kena call my mum 'coz naik bas lepas 2 jam baru sampai rumah. Kena naik 2 BAS!
  • Malas nak menyusahkan my parents yang kena fetch me
  • Tak ada kenderaan sendiri
Tapi ada je my friend yang balik tiap-tiap minggu. Dia kata "kalau tak balik, rasa macam dunia ni gelap" [sangat attach and a bit anak manja.. kot...]. Tapi paling lama tak balik pun setakat 3 weeks je. Unlike my friend yang tinggal kat Ipoh and balik almost tiap-tiap minggu.

So, for me, living nearby or not is still the same. Anda tak boleh "menjatuhkan" hukuman keatas orang yang tinggal berdekatan dengan tampat belajar. Ann study kat tempat dekat pun sebab:
  • Rezeki dapat dekat
  • Attach dengan hospital. Every 3 months medical check up. Kan payah kalau tinggal jauh
  • Ayah yang nak yang dekat [aish! macam bukan Ann yang nak belajar]
So, in conclusion, NEVER ever execute people who live nearby. Sangat kesian tau~ [I can feel it]. Kalau diorang asking too much questions, cakap je, "Ada aku kesah?"... More relevant, right?

Macam mana nak jadi perempuan ~ Berambut Pendek

Dah baca entry part I dan II? Kalau dah, meh tengok part III pulak. Cakap-cakap pasal "perempuan berambut pendek"... Interesting, huh? Tiba-tiba dapat idea bila tengok tv3, siaran Wanita Hari Ini. Cakap pasal tajuk yang Ann sebut just now. Ada kena-mengena dengan Ann jugak sebab dulu masa kecik-kecik ibu selalu potong rambut Ann cam boy. Masa kecik-kecik nak je rambut panjang sebab tengok member-member berambut panjang. Ala... budak sekolah rendah masa tu. Then, lepas sekolah menengah barulah dapat bela panjang sedikit. Aish! tersasul bercerita panjang pulak.

So, sekarang pun kadang-kadang bela pendek jugak tapi my younger brother cakap, "janganlah potong pendek. Tak lawa". Statement yang sangat tak betul... Tadi dalam WHI pun ada je yang cakap [part menanya pendapat orang ramai] potong pendek okay je. Ada yang kata, tak okay pendek sebab tak ayu gitu... Sangat salah jugak statement itu sebab:
  • potong pendek senang nak urus rambut
  • potong pendek tak semestinya nampak boyish
  • potong pendek still boleh "nampakkan" diri macam girl. [eg. pakai hairband, hair clip]
Ann sangat teruja bila tengok rambut pendek [of course girls]. Teringin jugak rambut panjang tapi buat masa ni leceh jugak. But now still keeping my hair as maximum as I can. Sekarang ni famous dengan bobs hairstyle and short hairstyle. Boleh je tengok contoh macam Posh Beckham, Julia Ziegler or Ueto Aya. Neat, nice, sexy and cute too~!


Ueto Aya dalam cerita "Attention Please!"...

Julia Ziegler

Posh Beckham with bobs hairstyle...

So, to all girls out there, don't feel offends if you have short hair 'coz still ada cara lain nak gayakan rambut anda. Pakailah hairband yang comel-comel ke or put wax / mousse / gel ke... okay what...


p/s: pics randomly from google

Apr 16, 2010

Hatiku berbunga-bunga

  • Hari ini...
Hati berbunga-bunga dapat keluar dengan my BFF, Cik Ain. Banyak sangat juicy story. Tersedia maklum when 2 girls meet together, what will happen? Gossiping!! You are rite, babe. *give a pat on my shoulder* Tapi topic besarnya adalah Cik Ain kita nak bertunang this 1st May. She reminds me hundreds times to come to her house with pink outfits. Agak besar-besaran juga 'coz she's the only daughter in her family. So, macam tak apa kot pakcik Mohd Paiz nak adakan majlis besar-besaran. Tahun depan baru nikah. Tu rancangan dia. Tak sabar-sabar tunggu nasi minyak dari dia. Bulan Disember ni pun Cik Mar nak nikah jugak. Baru-baru ni baru je berlangsung majlis merisik dan bertunang dengan Rahmat. Agak-agaknya bila my turn eh?! (♥ _ ♥)

  • Malam ini...
Sangat, sangat dan sangat bosan. Tinggal 8 hari menanti nak masuk semester baru. Ada sikit-sikit nervous tunggu result. All around my head. *spinning like gasing*

  • 2 weeks breaks...
Facebook *main segala games*, twitter, blogging, cuci pinggan, melayan Bet, YM, mengemas bilik, makan, tido dan keluar jalan-jalan. Tak ada kerja betul. Ada je tapi ntahlah. Dah macam tak ada rupa "perempuan Melayu terakhir". Tapi tak apa 'coz I'm mixed! ahaks!!

  • Soalan "cepumas" yang paling famous dikala ini...
Bila nak kahwin? Dah ada calon? Ni umur berapa *sebab muka macam budak sekolah menengah*? Bila nak habis belajar? --->> All these questions makes me hate to face people. Tapi kadang-kadang interesting tengok reaksi orang. And I'm the one who will be blushing. Adei! Agak-agak ada tak petua nak elak dari orang bertanya? Muka "muda" pun payah. Bila dah tau umur pun payah. Terimalah seadanya...

  • Sekarang...
Layan cerita "Cosby" di TV2... Tadi sempat layan "Penunggu Gunung Raya". Kenapa cerita sekarang ni banyak gitu eh? For me, it is not really good. Maybe sebab dah jarang "melekat" depan TV kot. Tapi Mdm Azmah Ghaus cakap, "Balik rumah jangan lupa tengok TV. You tau tak TV tu bagus. Banyak educate you". Ada bernas jugak disitu. TAPI, pilih-pilih sikit bila menonton TV. Jangan lebih ke hiburan sahaja. Contohnya, layan-layanlah sikit cerita Inggeris. Banyak faedah, nak-nak cerita yang lama-lama. Mdm cakap, tengok cerita "My Fair Lady"... Dia kata best tau... *sedang mencari cerita itu*

Apr 13, 2010

Never say Goodbye

Well, cukup sudah setahun berada dibilik ni. Interesting tapi tak berapa suka sebab sangat panas. Next semester will be at C 4.5a. Naik ke tingkat 4. Alamatnya makin kuruslah Ann... Tapi tak apa... Ada Yati..huhu



C was my compartment


Gonna miss my bed... but I don't really like it when it is early in the morning.. sangat panas. Matahari naik...


Ni kira baru je sikit jer baju...hehe

Macam mana nak jadi perempuan ~ Kenapa Pink?

Sekadar suka-suka saja menulis tajuk ni. Tiba-tiba dapat idea "dari langit" (tiada kena-mengena dengan sesiapa sama ada yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia) dan juga dari segala segi (termasuk gosip). So, mari kita bercakap tentang warna pula (aish! ala-ala pillow talk pulak...). Ada seorang hamba Allah ni, mengeluarkan kata-kata "Saya tak suka pink la. Too girlish! I prefer black." And obviously, she loves black but what's wrong with pink? I also dislike pink but I do have so many pink stuff such as my clothing and accessories. Not congruent, anyway. So perlu ke pink untuk jadi perempuan? Ann rasa tak perlulah kot sebab for me myself, I bought pink stuff because I thought that it is more suitable for me.
Then, ada orang bercerita, "Kawan saya memang tak suka pink. Then, one day she was forced to wear pink dress. The whole day is her miserable day because she dislikes pink." Well, firstly, she need to remove all the irrational belief. Here we can say that remove "pink = girlish". Sometimes it is good to try something new. Tapi yang yang merepek-merepeklah. For instance, pakai warna yang memang dah tau tak sesuai, tapi main bedal jugak. Yang tu memang cari nahaslah tu. Hehe... You guys still can try something new such as wear pink. Not striking but look fit in it. Mulakan sedikit demi sedikit. Tak perlu from top to the bottom totally 100% pink. Maybe can start with pink accessories ke...

Apr 4, 2010

Lyrics for Barakallahu lakuma - Maher Zain

Agak teruja dengan lirik ini...

We're here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together

We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

From now you'll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure
We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

بارك الله
بارك الله لكما ولنا

الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله

الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

Kasih Sayang Si Bulan April

Sekali lagi buat Si Bulan April meraikan hari kelahiran anda. Ini bukan April Fool terutama pada yang lahir 1 April. Harap-harap anda tidak terkena April Fool! Jadi, raikan hari anda dengan penuh gembira dan moga-moga penuh dengan blessing from God (kepada yang beragama Islam... diberkati Allah s.w.t...) Selamat Hari Lahir!


- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta dan amat memilih pasangan.

- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.

- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.

- Sentiasa ingin diberi perhatian.

- Amat cemburu dalam perhubungan.

- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.

- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.

- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.

- Romantik dan terlalu romantik

- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.

- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.

- Kebanyakan orang yang lahir dalam bulan ini boleh dianggap 'hamba

cinta'seperti Laila, Juliet, Siti Zulaikha .

- Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 4,7,11,2

- Kebanyakan bangsa India yang lahir dalam bulan ini.