May 7, 2011

RapidKL dan Touch n Go

Hi peeps!
Sihat? Dah makan? DAa tido? Huhu. Merapu! Anyway, I baru je sampai rumah about an hour ago. Keluar dengan orang tersayang yang almost 2 bulan tak jumpa. Excited pada asalnya tapi jadi emo bila kenangkan RapidKL dan Touch n Go. Sekarang bertukar sistem sehingga kadang-kala agak menyusahkan orang ramai. Dulu senang je. Bawa duit cukup-cukup, masuk bas, bayar kat pemandu, dapatkan tiket dan terus duduk. Sekarang? Advance tapi leceh.

Kenapa advance dan bagus? Sebab:
~ Hanya bawa kad Touch n Go. Tak perlu bawa duit banyak-banyak.
~ Jimat masa sebab hanya perlu touch kad tu je.
~ Boleh reload banyak mana pun.

Keburukan? Banyak! Antaranya:
~ Orang takde kad terpaksa beratur dan beli kad sampaikan jam dibuatnya. 
~ Buang masa orang sebab kena tunggu lama sehingga pakcik bas tu habis settle kan pembayaran kad.
~ Orang yang hanya kena bayar RM1 untuk perjalanan dekat, terpaksa beli kad. sedangkan tak perlu pun.
~ Kena reload bila kad berbaki RM2.50. Kurang dari tu dikira takde kredit.
~ Bila nak reload, nak masukkan duit ke dalam mesin sangat mengambil masa sebab mesin tu takleh detect duit. Duit licin sangat.
~ Guna sistem canggih tapi bas keluar masuk hanya setengah jam hingga sejam baru dapat naik bas. Alahai...
~ Dah tu pulak kat kawasan Selayang hanya ada RapidKL. Metro dah tak ada! Nak keluar rumah dengan guna public bus dah macam nak menangis!

So, untuk hari ni, I duduk dalam bas tu almost 2 hours! Bukan jam tapi sebab orang nak beli kad. Dah tu pulak bila tak ada kad, orang tu tak boleh naik bas. Sistem begini dah macam MEMAKSA pelanggan untuk ikut cara ini. Sebagai pelanggan seharusnya ada rights untuk memilih tapi dah lain pulak. Kan tak adil tu...

Juga masa terbuang begitu sahaja disebabkan sistem yang kurang efisyen. Dah 3 kali naik bas dalam masa 2 minggu ni. Maka, I dah merasai azabnya. Mula-mula boleh tahan tapi lama-lama? Wallahualam....

2 comments:

A.I said...

kalo bas kat uia pon sama ker?
ohh ini mnegarut.

dah la short sem musim kering nak bayar kad lagik eh memang tak payah keluar laa. grrr~

Anonymous said...

tyme tunggu cik an,yeah sempat 2 kali tawaf CM n tgk ana raffali..