Aug 29, 2009

My first time for mock counseling

Tadi Ann ada class. Hari ni agak best juga coz it was my first time buat sesi kaunseling walaupun hanya sekadar praktis. Dahlah cuaca pun sangat cool membuatkan hari semakin best. Ann partner dengan Nadia. Dia jadi counselor & Ann pula sebagai client. dan next time pulak Ann akan bertukar role dengan Nadia. Lepas habis sesi, Ann kena buat report (agak kemalasan & kelecehan).

Pada mulanya agak berdebar-debar juga coz al-maklum baru first time nak bercerita di depan classmate. Tapi bila dah duduk depan audience, rasa agak selesa juga. Bila nak start mula-mula tu, Ann dan Nadia asyik tergelak-gelak je. Rasa macam agak kelakar juga lah.

So, I'll make it short... Ann "melakonkan" watak seorang perempuan yang sedang bekerja bercerita tentang parent Ann yang agak mendesak Ann untuk berkahwin. So, pada masa yang sama, Ann sudah mempunyai calon. TETAPI, Ann terpaksa membuat pilihan diantara ketiga-tiganya:
Mr. A - lebih tua dari Ann dan sudah bekerja tetapi baru berkenalan selama 2 bulan.
Mr. B - umurnya setahun muda dari Ann, akan menamatkan study pada tahun hadapan dan sudah saling mengenali selama 3 tahun.
Mr. C - dua tahun lebih muda, masih ada 5 tahun lagi untuk menamatkan belajar dan sudah berkenalan selama 2 tahun akan tetapi Ann tidak berkenan kerana umurnya sebaya dengan adik Ann.

conflictnya disini adalah pemilihan diantara ketiga-tiganya. Disitulah Nadia "terpaksa" mengupas lebih lanjut atau dengan perkataan lain mengorek rahsia supaya Ann akan bercerita lebih untuk mendapatkan penjelasan. Kata Nadia, agak sukar untuk dia bertanyakan atau mengorek dengan lebih mendalam. Tapi apa-apa pun ia dapat membantu kami untuk memperbaiki skill untuk masa hadapan. Dengan perkataan lain untuk client yang kami kena cari & terpaksa buat report!!

Tidoq dalam class

Ni ada gosip. Kunun-kunun juicy story ler katakan. hehe... Cerita biasa-biasa jer. Ada sorang minah ni. Tiap-tiap kali attend class mesti dia tidoq. Tak pernah "miss". Kiranya dah jadi satu kemestian. Kalau tak, memang tak sah! Dia memang dok sebelah Ann dan baris yang paling depan sekali. Tapi yang peliknya lecturer tak pernah detect yang dia tidoq kat depan. huhu... Apa-apa pun tetap tabik kat dia coz result dia agak gempak... Teruskan usaha anda!!

Aug 28, 2009

Terapi Warna

Tahukah anda, warna boleh memberikan kesan secara psikologi kepada si pemakai. Ann juga pernah mengalaminya dan ianya memang benar. Semester yang lepas perabot di bilik hostel Ann berwarna oren. Warna tersebut membuatkan Ann sentiasa lapar. Ann jenis kuat makan dan apa lagi... kejenya asyik makan je... huhu. So just try. Manalah tau kot-kot sesuai dengan anda~! :p
[MERAH]
Personaliti diri - Sangat gemar melakukan aktiviti lasak, tubuh badan yang bertenaga, sentiasa stabil,yakin pada diri sendiri & mudah mesra.
Gunakan apabila... - kita rasa letih @ keadaan fizikal yang lemah. Apabila bersendirian & rasa tidak selamat.
Jangan gunakan apabila... - Sedang marah, rasa lebih agresif @ aktif & memerlukan rehat yang cukup.

[KUNING]
Personaliti diri - Peningkatan stimulasi mental, membuatkan mental kita bergerak cergas, pemikiran yang tenang, bertenaga & bersemangat.
Gunakan apabila... – menderita akibat tekanan mental & hendak membuat keputusan muktamad. Juga dalam keadaan berdebar-debar & takut.
Jangan gunakan apabila... – berasa penat, ingin berehat & mahu kelihatan lebih agresif

[HIJAU]
Personaliti diri - Warna flora & fauna. Kita sentiasa berfikiran positif, perasaan yang sentiasa tenang, pemurah, lembut & sedikit sensitif
Gunakan apabila... – kita berasa bimbang & memerlukan ketenangan. Juga apabila kita rasa letih, memerlukan rakan kongsi masalah & meningkatkan daya sensitiviti serta rasa sunyi
Jangan gunakan apabila... - Berfikir sesuatu perkara dengan lebih mendalam

[BIRU]
Personaliti diri - Kita sentiasa mengekalkan ekspresi diri , komunikasi yang baik,bijak bertindak & tahu tanggungjawab diri
Gunakan apabila... – kita ingin menikmati ketenangan mental & emosi. Juga apabila kita berada dalam keadaan terperanjat & tidak dapat menyuarakan isi hati serta rasa malu
Jangan gunakan apabila... - berasa menggeletar & sejuk

[OREN]
Personaliti diri - Meningkatkan lagi fizikal & emosional . Memberi ketenangan & menaikkan nafsu makan
Gunakan apabila... – Bagi ransangan tenaga, semasa bosan & tertekan. Apabila kita rasa gembira , ceria & ingin keseronokan
Jangan gunakan apabila... - anda cenderung bersikap suka menyoal , sedang marah & ingin merehatkan diri

[UNGU]
Personaliti diri – Mencerminkan kreativiti, idea, kebolehan dalam seni & bersikap ideal & inovatif
Gunakan apabila... – anda memerlukan inspirasi. Juga apabila rasa tertekan & hilang keyakinan diri
Jangan gunakan apabila... - Kita rasa malu & terasing

Hari yang best...

Masa awal-awal Ramadhan ni cuaca sentiasa panas but lately selalu hujan. Ann sangat suka cuaca hujan ni coz sangat nyaman & tak silau... TETAPI selalu OVERSLEPT!!! Selalu gak datang class lambat 20 min. Class pagi yang pukul 9am (subject Islamic Worldview). Tapi nasib lecturer pun selalu datang lambat. So no worries! Awal-awal semester selalu je datang awal at least 5 min before the class. Sekarang jadi macam budak nakal sket. Tanduk dah naik. hihi. Tapi taklah selalu buat begini. Marah lecturer nanti. So janganlah ja macam Ann... :p

Tree Frog

Aug 26, 2009

Takut bola... Part II

Dibulan puasa yang mulia ni Ann ingatkan Mr Rozain taklah suruh main volleyball macam last time. Tapi... ish!! terkena jugak... sangat tak best but Ann try slowly. Then, tak habis-habis pulak kene perli dengan dia... Adeh!!... Tapi tak mengapa. Dimaafkan... hehe

Tapi yang tak bestnye, hari pulak sakit-sakit satu badan. Nak bangun sahur pun macam tak terbangun dah. Sengal-sengal badan semuanya ada. huhu... Salah sendiri coz aktif sangat. Then, 10 malam pulak gi meeting. nak dekat pukul 12 barulah sampai hostel... Tak ke penat ke tu?

Aug 21, 2009

Mr Bean

BRAIN TUMOR

Doctor: I regret to tell you that you have a brain tumor.
Mr. Bean: Yesss!!! (jumps in joy)
Doctor: Did you understand what I just told you?
Mr. Bean: Yes of course, do you think I'm dumb?
Doctor: Then why are you so happy?
Mr. Bean: Because that proves that I have a brain!


DEATH OF HIS MOTHER

Mr. Bean:(crying) the doctor called, Mom's dead.
Friend: condolence, my friend.
(After 2 minutes) Mr. Bean cries even louder

Friend: what now?
Mr. Bean: my sister just called, her mom died too!

MR. BEAN WHILE IN GRADE SCHOOL

Teacher: What is 5 plus 4?
Mr. Bean: 9
Teacher: What is 4 plus 5?
Mr. Bean: Are you trying to fool me, you've just twisted the figure, the answer is 6!!

Orang-orang yang tersayang disisiku...

Ni adalah orang-orang yang ku kenali, ku sayangi & sentiasa berada disampingku ketika ini. Diharapkan mereka sentiasa terus disampingku tak kira bila & di mana mereka berada... Love you guys so much~!

(p/s: semua yang berda didalam ni tak mengikut urutan or level friendship... huhu... kang ada yg salah faham payah den nk menjawabnye!!)



My roomate... Hayati...



Nadia and I...



My scandalous... Boo and I... (we are CF and not as a couple!!!)



Zulkarnain...



Jai...

And ada je lagi kawan-kawan yang Ann rapat tapi tak ada their pictures. They are Ain and Pae...

Aug 20, 2009

Ramadhan Al-Mubarak

Dibulan Ramadhan yang bakal hampiri ini, diharapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh keinsafan dan penuhi masa-masa anda dengan perkara-perkara yang baik. Manfaatkannya dengan memperbanyakkan ibadah dan membuat kerja-kerja amal. Ann pun bukan reti and pandai menasihati orang tetapi sekurang-kurangnya dapat mengingatkan kepada diri sendiri dan memperbaiki kelemahan diri sendiri. Sekali lagi Ann mengucapkan Selamat Berpuasa...

Appreciate...

I get this from an email from my friend... enjoy reading it~!

A blind girl hated herself because she was blind. She hated everyone, except her loving boyfriend. He was always there for her. She told her boyfriend, 'If only I could only see the world, I will marry you.'

One day, someone donated a pair of eyes to her. When the bandages came off, she was able to see everything, including her boyfriend. He asked her, 'Now that you can see the world, will you marry me?'

The girl looked at her boyfriend and saw that he was blind.
The sight of his closed eyelids shocked her. She hadn't expected that. The thought of looking at them the rest of her life led her to refuse to marry him. Her boyfriend left her in tears and days later wrote a note to her saying:
'Take good care of your eyes, my dear, before they were yours, they were mine. '
This is how the human brain often works when our 'status changes'. Only a very few remember what life was like before, and who was always by their side in the most painful situations.
Life Is a Gift Today before you say an unkind word -Think of someone who can't speak.

Before you complain about the taste of your food - Think of someone who has nothing to eat.

Before you complain about your husband or wife - Think of someone who's crying out to for a companion.

Today before you complain about life - Think of someone who went too early to heaven.

Before you complain about your children - Think of someone who desires children but they're barren.

Before you argue about your dirty house someone didn't clean or sweep - Think of the people who are living in the streets.

Before whining about the distance you drive - Think of someone who walks the same distance with their feet.

And when you are tired and complain about your job - Think of the unemployed, the disabled, and those who wish they had your job.
But before you think of pointing the finger or condemning another - Remember that not one of us is without error and we all answer to the Divine.
And when depressing thoughts seem to get you down - Put a smile on your face and thank the Divine you're alive and still around.

Aug 19, 2009

Betul-betul hangat ni!

8C yang buat Suami benci pada Isteri...

Ann dapat info ni dari kawan Ann melalui email... Jika tersinggung harap maaf tapi Ann rasa patut dibaca sebagai pengetahuan... begitu juga pada Ann...

C1.
CABAR

Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.
Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…

C2.
CABUL

Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan.
Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…

C3.
CELUPAR

Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4.
COMOT

Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

C5.
CEMBURU

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam.
Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…

C6.
CEREWET

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7.
CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

C8 CUAI

Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.


8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.

Renung2kanlah dan selamat beramal…..

Takut bola...

Baru-baru ni, Cikgu Rozain yang mengajar The Organizational of School Co-curriculum, suruh kami turun ke Female Sports Center. Kali ni dia suruh main volleyball. For me it is my biggest fear because I HATE BALL!!! I mean bola yang besar-besar. I prefer to play squash rather than volleyball or basketball. I had a bad experiences during my past time. I was been hit by a ball for baseball and football before. Really hurt because it hit my chest and head so hard until sometimes I can't breath very well.

So, to make it short, I was almost cry when I HAVE TO PLAY FOR THE TOURNAMENT!!! If I'm avoiding myself, I won't get any marks for that. By hook & crook I have to overcome my fear even though I HATE doing that... This semester will be disaster for me!!!

Aug 18, 2009

Sweet 24



13th August yang lalu, umur Ann dah pun mencecah tetap 24 tahun. Alhamdulillah, Ann telah diberi peluang untuk hidup lagi di muka bumi ciptaanNya. Berpeluang juga untuk memperbaiki kehidupan Ann untuk menjadi yang lebih baik dari hari sebelumnya. Juga tidak sangka masih ada lagi kawan-kawan disisi Ann untuk wish kata-kata keramat yang hanya disambut setahun sekali. Disini Ann selitkan kata-kata ucapan dan doa-doa dari mereka yang sentiasa berada di sisi Ann selama ini. Kadang-kala kata-kata lebih menberikan kesan yang mendalam berbanding menerima hadiah.tidak juga Ann mengatakan yang Ann tak suka menerima hadiah. Sangat tipulah tu... haha... Anyway, Ann mengucapkan terima kasih kepada yang sudi mengingati hari lahir Ann yang ke 24.



Juga 24 tahun dahulu dilahirkan pada 13th August 1985 on Tuesday di Pusat Rawatan Islam, Kuala Lumpur. Yang diberi nama Nur Ruzanna... bermaksud “cahaya ketenangan”.



Terima kasih for those yg SMS:

ZILA (cousin ku): Selamat hari lahir sayang. Sweet 24! Moga pjg umr & murah rezeki. May Allah bless you

JAI: Happy bday 2 my dear... Luv u so much!

PAE: Epy bzday yg ke 24 Ruz. Hope ko sntiasa hepy disamping org2 tsyg. Moga pjg umr, murh rzeki, success in ur exm & life. Moga2 cpt kawin Ruz...

LEE (bluved bro): Happy Bday ~~~~~!!

AJA (bluved sis): Kak Yong... Happy Birthday!

BOO:Hepy Bday...

AIEN: Happy Bday. Sweet 24. Nanti tgu ko blik & bg ko hadiah ye!!

RASHID (cousin ku): [send MMS] Ai... Hepi belated bday (^^,)

NURUL: Zana happy birthday 2 u... lambat wish sbb tlpe. Dah tua minah ni... huhu...

SALAM: Epi belated bday kak... maaf lambat wish sbb tak brape sht... moga pjg umr, dmurahkan rezeki, jd anak yg solehah, kakak yg baik, kwn yg prihatin serta bjaya dlm apa jua bidang yg dceburi.ameen...

Juga yg wish kat Ann sama ada melalui phone call or depan-depan. They are Zulkarnain, Cik Nad, Ruham, Saidah, Farah, Atikah, Marizal & Iefa. Yang lain-lain kalau tak disebut harap maaf... huhu...

So Ann rasa masih ramai kawan-kawan disekeliling Ann. Masih mengingati tarikh lahir yang dikira taklah berapa penting. So thanks again guys...

Ni antara hadiah-hadiah yang Ann dapat...



Hadiah dari my roomate... Yati...



Hadiah dari my beloved sis... Aja...





Dapat jugak Flip Flop & Black Forest cake dari Boo...



Ni pulak Nadia bagi... belum pun makan.. huhu...

Thanks to you guys...

Aug 10, 2009

Surat Yang Terakhir

Assalamualaikum...

Apa khabar tu Natasya Damia yang comel? Saya harap awak masih kenal kat kawan lama dari Brunei ni ye... Semoga tuan putri ni sentiasa sihat. Saya disini sihat juga dan semakin muda. Hehe...

Firstly saya mintak maaf sangat-sangat kat awak sebab dah lama tak reply surat awak yang kirim kat saya. Sebenarnya surat awak tu saya tak ingat letak kat mana. Makin dicari makin tak jumpa pulak. Dalam beberapa bulan kemudian barulah saya jumpa surat tu. Baca pun belum lagi. Hehe. Ini cerita betul-betul tau bukan rekaan semata-mata. Saya harap awak tak marah ok tuan putri...

So apa yang dah awak dah buat masa ini? Maksud saya bagaimana dengan study awak? Dah kerja ke? Dah kawin ke? Hehehe... saya tak banyak perubahan. Masih sama macam dulu yang awak kenal. Cuma umur je yang makin muda remaja. Hehehe...

Disini saya sertakan no. Hp dan alamat rumah seperti yang awak minta dulu. Saya tulis dibelakang surat ini... ok? If awak rajin dan sudi reply je surat ni ye. If tak pun, kirim je SMS. Lagi mudah dan cepat. Mintak maaf juga mana tau surat saya ni hadir tanpa diundang...

So macam mana dengan tulisan saya ni wahai cikgu yang comel? Ada perubahan tak? Saya dah berusaha bersungguh-sungguh tau. Tak nak yang macam awak cakap kat saya seperti selalu. Suka sangat kata tulisan anak murid awak yang tadika tu lagi cantik daripada tulisan saya. Saya merajuk nanti baru tau... hehe...

Hm... saya ingin memberitahu awak sesuatu. Tapi berat untuk saya nyatakan. Saya sudah lama simpan perkara ini dari awak. Cuma masa saje yang menentukannya. Hendak atau tidak, saya mesti beritahu awak juga... kita sudah berkawan lama. Sedar tak sedar hampir 8 tahun kita berutus surat. Kita tak pernah berjumpa disebabkan kita dari 2 negara yang berbeza. Maksud disini ialah kita berkawan secara jarak jauh. Tapi hubungan persahabatan kita tetap sama. Walaupun kita boleh gunakan teknologi yang sedia ada tapi kita masih berutus surat seperti selalu...

Apa yang saya ingin katakan disini ialah mungkin surat dari Hazril ini adalah surat yang terakhir... sukar untuk saya ucapkan kepada Damia. Saya tak pernah mungkin untuk cuba melupakan erti persahabatan yang kita bina selama 8 tahun ini. Walaupun ia sekadar diatas coretan berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus keping surat, mana mungkin untuk saya melupakan awak dengan sekelip mata. Agak lama saya ingin nyatakan tetapi sukar buat saya untuk menjelaskan kepada awak...

Untuk pengetahuan Damia... saya telah disahkan menghidap barah otak yang telah berada ditahap terakhir. Semua orang tidak tahu keadaan saya begini. Saya ingatkan ianya hanya sementara dan saya boleh selesaikannya. Rupa-rupanya tidak. Pada awalnya saya berupaya untuk berubat tetapi bila saya ada masalah kekurangan wang, saya kalah. Akhirnya saya hanya berserah pada takdir. Itulah perkara yang saya ingin katakan pada awak. Saya rasa bersalah untuk meninggalkan awak kerana salah saya dengan tidak memberitahu awal-awal.

Saya harap surat ini bukanlah surat yang terakhir dari saya. Saya juga berharap agar surat awak sempat sampai ditangan saya sebelum saya bernafas buat kali yang terakhir dan juga tiada pengakhirannya. Ketika ini saya berasa sebak dan tak tahu apa lagi yang patut saya katakana pada awak.

Saya rasa cukup sampai disini je dulu ok. Kalau ada berita inform je kat saya ok. Yang penting persahabatan kita tetap terjalin sampai bila-bila. Tak pernah saya lupa kat kawan saya ni. Awak jaga diri dan happy2 selalu ok. Bye...

- Hazril Fahmi –
Brunei Darussalam

A Moment 2...



New Item

Last Saturday I just bought a stainless steel ring. It is a must item that I need to buy because since last year I admired to buy that kind of ring. Had been 4 times I had surveys that ring in a shop at Central Market. The third times, I missed because I don’t have enough money to buy it and the design was really make me fall in love. Haha... well, it’s ok and at least this time I must buy and I did it! I bought with my best buddy. He’s the one who helped me to choose. My fingers are too small and hard to find the ring which is matched with my fingers. Eventually, I bought it with the sizes of 4. Too small huh?!

Aug 5, 2009

Rahsia Berbantal...



Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:-

1) Memeluk Bantal

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Berbantal-bantal

Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Tidak punya bantal

Kasihan betul... pergi kedai & carilah bantal sendiri

6 Jenis Penyesalan...

1. Penyesalan 1 jam
Salah naik Bas... (sesat entah Kemana)

2. Penyesalan 1 hari
Salah masak. (nasi menjadi bubur...kena makan di kedai la jawabnya tak pun masak meggi )

3. Penyesalan 1 minggu
Salah makan. (Keracunan sampai masuk hospital)

4. Penyesalan 1 bulan
Salah potong rambut. (Senget tak sama panjang)

5. Penyesalan 1 tahun
Tidak naik kelas. (Malunya setahun woo!)

6. Penyesalan seumur hidup
Salah kawin..

Just would like to share...


Embracing Imperfection

"When I was a little boy, my mom liked to make breakfast food for dinner every now and then. And I remember one night in particular when she had made dinner after a long, hard day at work. That evening, my mom placed a plate of eggs, sausage, and extremely burnt toast in front of my dad.

I remember waiting to see if anyone noticed!

Yet all my dad did was reach for his toast, smile at my mom, and ask me how my day was at school. I don't remember what I told him that night,
but
I do remember watching him smear butter and jelly on that toast and
eat every bite!

When I got Up from the table that evening, I remember hearing my mom apologize to my dad for burning the toast. And I’ll never forget what he said:

'Baby, I love burnt toast.'

Later that night, I went to kiss Daddy good night and I asked him if He really liked his toast burnt. He wrapped me in his arms and said, 'Debbie, your Momma put in a hard day at work today and she's real tired. And besides-a little burnt toast never hurt anyone!'

You know, life is full of imperfect things.....and imperfect people.

What I've learned over the years is that learning to accept each other's faults - and choosing to celebrate each other's differences - is the one of the most important keys to creating a healthy, growing, and lasting relationship.

And that's my prayer for you today. That you will learn to take the good, the bad, and the ugly parts of your life and lay them at the
feet of GOD.

Because in the end, He's the only One who will be able to give you a relationship where burnt toast isn't a deal-breaker!

We could extend this to any relationship in fact - as understanding is the base of any relationship, be it a husband-wife or parent-child or friendship!!

"Don't put the key to your happiness in someone else's pocket but into your own."

Do your best; bring out the best in others,

Don't tell the Lord how big the problem is; tell the problem how Great
the Lord is!

Put God first, be happy at last.

For every minute you are angry with someone, you lose 60 seconds of happiness that you can never get back. — Napoleon Hill

Aug 4, 2009

A Moment...

H1N1

Sekarang nie heboh-heboh pasal H!N1. Same goes in here.. IIUM. Ann tengok makin ramai yang dah pakai mask. Takut gak bila this thing is getting serious. Clinic IIUM pun dah makin besar. Diorang dah transfer ke tempat yang besar because makin ramai yang tak sihat. So, be careful ya'! Same goes to me!

Info about counselling Part 2

CR’s principal: There is no COMPULSION but COOPERATION.

Compulsion means strong pressure that makes something that they do not want to do (Dictionary Oxford, 7th edition). Secara keseluruhannya bermaksud seorang CR tidak boleh mendesak or beri pressure kepada CL untuk memilih pilihannya tetapi lebih kepada bekerjasama untuk menyelesaikan issue / concern bersama-sama.

Aug 3, 2009

A Moment...


Guitar Lesson

Ahad baru-baru nie Ann dah dapat main chord untuk lagu Blues Clues. Ann dah lama start belajar gitar tapi jarang ada class because ada sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Best dapat tau main... huhu. Ann belajar because for fun and orang kata bagus untuk melatih our brain. Hopefully by next week boleh tambah lagi skill gitar!