Assalamualaikum...
Apa khabar tu Natasya Damia yang comel? Saya harap awak masih kenal kat kawan lama dari Brunei ni ye... Semoga tuan putri ni sentiasa sihat. Saya disini sihat juga dan semakin muda. Hehe...
Firstly saya mintak maaf sangat-sangat kat awak sebab dah lama tak reply surat awak yang kirim kat saya. Sebenarnya surat awak tu saya tak ingat letak kat mana. Makin dicari makin tak jumpa pulak. Dalam beberapa bulan kemudian barulah saya jumpa surat tu. Baca pun belum lagi. Hehe. Ini cerita betul-betul tau bukan rekaan semata-mata. Saya harap awak tak marah ok tuan putri...
So apa yang dah awak dah buat masa ini? Maksud saya bagaimana dengan study awak? Dah kerja ke? Dah kawin ke? Hehehe... saya tak banyak perubahan. Masih sama macam dulu yang awak kenal. Cuma umur je yang makin muda remaja. Hehehe...
Disini saya sertakan no. Hp dan alamat rumah seperti yang awak minta dulu. Saya tulis dibelakang surat ini... ok? If awak rajin dan sudi reply je surat ni ye. If tak pun, kirim je SMS. Lagi mudah dan cepat. Mintak maaf juga mana tau surat saya ni hadir tanpa diundang...
So macam mana dengan tulisan saya ni wahai cikgu yang comel? Ada perubahan tak? Saya dah berusaha bersungguh-sungguh tau. Tak nak yang macam awak cakap kat saya seperti selalu. Suka sangat kata tulisan anak murid awak yang tadika tu lagi cantik daripada tulisan saya. Saya merajuk nanti baru tau... hehe...
Hm... saya ingin memberitahu awak sesuatu. Tapi berat untuk saya nyatakan. Saya sudah lama simpan perkara ini dari awak. Cuma masa saje yang menentukannya. Hendak atau tidak, saya mesti beritahu awak juga... kita sudah berkawan lama. Sedar tak sedar hampir 8 tahun kita berutus surat. Kita tak pernah berjumpa disebabkan kita dari 2 negara yang berbeza. Maksud disini ialah kita berkawan secara jarak jauh. Tapi hubungan persahabatan kita tetap sama. Walaupun kita boleh gunakan teknologi yang sedia ada tapi kita masih berutus surat seperti selalu...
Apa yang saya ingin katakan disini ialah mungkin surat dari Hazril ini adalah surat yang terakhir... sukar untuk saya ucapkan kepada Damia. Saya tak pernah mungkin untuk cuba melupakan erti persahabatan yang kita bina selama 8 tahun ini. Walaupun ia sekadar diatas coretan berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus keping surat, mana mungkin untuk saya melupakan awak dengan sekelip mata. Agak lama saya ingin nyatakan tetapi sukar buat saya untuk menjelaskan kepada awak...
Untuk pengetahuan Damia... saya telah disahkan menghidap barah otak yang telah berada ditahap terakhir. Semua orang tidak tahu keadaan saya begini. Saya ingatkan ianya hanya sementara dan saya boleh selesaikannya. Rupa-rupanya tidak. Pada awalnya saya berupaya untuk berubat tetapi bila saya ada masalah kekurangan wang, saya kalah. Akhirnya saya hanya berserah pada takdir. Itulah perkara yang saya ingin katakan pada awak. Saya rasa bersalah untuk meninggalkan awak kerana salah saya dengan tidak memberitahu awal-awal.
Saya harap surat ini bukanlah surat yang terakhir dari saya. Saya juga berharap agar surat awak sempat sampai ditangan saya sebelum saya bernafas buat kali yang terakhir dan juga tiada pengakhirannya. Ketika ini saya berasa sebak dan tak tahu apa lagi yang patut saya katakana pada awak.
Saya rasa cukup sampai disini je dulu ok. Kalau ada berita inform je kat saya ok. Yang penting persahabatan kita tetap terjalin sampai bila-bila. Tak pernah saya lupa kat kawan saya ni. Awak jaga diri dan happy2 selalu ok. Bye...
- Hazril Fahmi –
Brunei Darussalam
Aug 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment