Nov 25, 2009

* Origami ~ Bookmark *



Salah satu hobi Ann~~ ORIGAMI! Ann belajar dari sebuah website. Agak susah juga step untuk menghasilkannya. Jadi Ann akan cuba untuk permudahkan kepada yang ingn mencubanya. Ikutilah langkah-langkah yang seterusnya~~



1. Sediakan kertas yang berukuran segiempat tepat. Anda boleh menggunakan apa-apa sahaja kertas mengikut kesukaan anda. Lebih elok jika menggunakan kertas pembalut hadiah.




2. Dibahagian belakang perlulah kosong kerana untuk membezakan di antara dua bahagian.


3. Lipat kertas kepada dua bahagian dan mestilah sama ukuran.



4. Potong kertas tersebut mengikut garisan tadi. Ambil salah satu kertas itu.


5. Seterusnya, lipatkan kertas tersebut sekali lagi. Sama seperti yang di atas.



6. Kali ini, lipat kedua-dua sisi kertas sehingga bertembung dibahagian tengah. gunakan garisan lipatan yang telah dibuat sebentar tadi.



7. Lipat sedikit dibahagian hujung kertas. Lipat mengikut lipatan yang sedia ada. Ia digunakan sebagai penanda.


8. Kemudian, lipat kertas mengikut lipan segitiga sebentar tadi. Setelah dilipat, buka lipatan segitiga tadi.




9. Setelah itu, lipat kedua-dua bahagian dan pastikan ianya selari. Biarkan ia bertembung di tengah-tengah.


10. Selepas itu, lipat di bahagian atas sedikit mengikut lipatan yang sedia ada.



11. Lipatkan jalur yang hujung mengikut lipatan yang sedia ada. Buka dengan perlahan-lahan dan teliti. Kelopak akan terbuka dengan sendirinya. Walau bagaimanapun, ia memerlukan sedikit bantuan untuk membukanya.



12. Gambaran dibahagian belakang.



13. Gambaran di hadapan apabila kelopak telah dibuka.



14. Hasil daripada lipatan tadi.




15. Lipat sedikit dibahagian belakang dan jadikannya 4 lipatan kecil.



16. Lihatlah hasilnya! Selamat Mencuba!


p/s: Please drop in your comment. Saya sangat menghargainya. Kritik jika perlu supaya saya dapat buat yang lebih baik daripada ini...


2 comments:

nadia said...

cik Ann, nak tnya satu soklan...
selain dr bentuk love, kita leh wat bntuk apa lgi ye?

Ruzanna Rahman ~♥ said...

setakat ni utk book mark yg g2 cme perlukan bntk luv..ada cara lain lg nak buat bookmark...blm blaja lg..stkt ni, nila bookmark yg menarik pada Ann..

p/s: Ann terlupa nk tulis pd n3 ni...klu nak keras blh ltk kertas keras pd bookmark.
- ukur lebar dan pjg bookmark
- gamkan kertas keras tersebut..
- selitkan diantara kertas yg terbuka di bawah bookmark.