Apr 28, 2010

Siapa dia?

Disuatu tengahari yang terik. Sedang asyik memilih berus gigi kat convenient shop, tiba-tiba...

Cik A: Ann...!
Miss Ann: (menoleh ke kanan) ye...
Cik A: Hi!
Miss Ann: Hi! (sambil muka blur dan mengantuk. melambaikan tangan ke Cik A)
Cik A: Kenal tak ni?
Miss Ann: Aa... ye kot... lupalah... (ragu-ragu nak menjawab)
Cik A: Ann...! Ni roomate awak lah... (sambil mukanya agak sedikit kecewa)
Miss Ann: Err... ye ke... sorry... (muka bersalah)
Cik A: (senyum dan terus gi membayar di kaunter)
Miss Ann: (berkata dalam hati) Aish! macam mana aku nak balik pasni. Malu gila!!!

Dipendekkan cerita, Ann baru je sesi suai kenal pada malam sebelumnya. Tapi tak cam mukanya. Tengok sekali lalu je. Malu jugak tapi takpe... Lain kali jangan buat lagi. hehe.

Diawal cerita tadi Ann cakap sedang memilih berus gigi. Why? Dalam banyak-banyak barang yang nak diangkut ke UIA, berus gigi lah barang yang Ann terlupa nak bawa. So, malam sebelum tu, Ann amik alternatif lain untuk memberus gigi. Hanya perlukan:

Ubat gigi
Handkerchief (kalu boleh yang berbulu. bukan yang flat cam handkerchief lelaki)

Caranya mudah sahaja. Gunakan jari telunjuk. Letakkan handkerchief tadi di jari anda. Then, sedikit ubat gigi. Mulakan menggosok gigi macam biasa. Dah habis, jangan lupa cuci handkerchief tu tau!

Sedikit peringatan... hanya boleh digunakan untuk sementara sahaja. Lepas tu mestilah berusaha cari berus gigi. Tips ini hanya bila anda tertinggal berus gigi. Biasalah bila travel and lupa pulak benda kecik macam berus gigi. Selamat mencuba!

3 comments:

Unknown said...

setelah diteliti secara mendalam on penyimpan mohohr besar berus gigi , dgan ini setelah diperkenan kan oleh raja tikus besar bahawasa nya telah di pastikan penyebabnya kejadian luper berus gigi oleh Miss Ann ini kerana Dia mmg jarang gosok gigi hahahahahahahaahhah................

nadia said...

huhuhu...malu sey. pastu kat bilik mcm mana awk tegur dia?

tu la awk, tak abes2 ngan muka blur tu. hahaha....
len kali, klu org tegur, balas la dgn cara yg meyakinkan kita knl dia. tny la dia beli apa ke. hehehe...

Ruzanna Rahman ~♥ said...

kalam: jahat! mn ada cam tu tau...dah beli pun berus gigi yg baru..

Nad:Kat bilik tak sempat nak bertegur sapa...BUT...keeseokannya kami gi class sama2...ok jer borak-borak..hehe