May 16, 2010

Selamat Hari Guru

Tanggal 16 Mei memang amat bermakna buat semua guru. Tak kiralah sama ada yang sedang menjadi guru, sudah pun pencen dari menjadi seorang guru, mahupun bakal seorang guru yang akan melangkah ke dunia pendidikan. Ann pernah menjadi seorang guru (walaupun sekadar menjadi guru tadika or caregiver) dan nikmat menjadi seorang guru memang sangatlah pelbagai rasa. Selagi minat dan ikhlas untuk menjadi seorang guru, maka seorang guru takkan berasa terbeban mahupun mudah jemu dan putus asa untuk menyampaikan ilmu kepada generasi yang dahagakan ilmu. Ironinya tugas seorang guru nampak biasa dan mudah, tetapi tanggungjawabnya amatlah berat. Contohnya, jika tersalah cakap, maka kita akan menyampaikan ilmu yang salah kepada anak murid. Pada pengalaman Ann mengajar kanak-kanan berusia 3 bulan sehingga 6 tahun, mereka akan "mempercayai" guru berbanding parents. Nampak simple tapi berat untuk dipikul.

Dihari yang penuh istimewa ini, Ann mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua cikgu-cikgu sejak dari Ann menjejakkan kaki ke Tabika Bomba, Tadika Sri, SK Seksyen 19 Shah Alam, SK Bandar Baru Selayang, SMK Darul Ehsan, SMK St. Mary (KL), SMK Maxwell, IIC dan IIUM. Pada masa yang sama, ucapan takziah buat guru muzik di SK Bandar Baru Selayang, Mr. Vincent Lee. Yang meninggal dunia pada Februari 2010. May you rest in peace. Seorang guru muzik dan cikgu disiplin yang garang. Pernah merotan Ann dengan pembaris panjang sebab ayah hantar Ann lambat ke sekolah. Apa-apa pun jasanya sebagai seorang guru tetap dikenang hingga ke akhir hayat... SELAMAT HARI GURU~

No comments: