Dec 19, 2009

* Kuala.Selangor.Journey *

Semalam baru je pergi kenduri kecil-kecilan kat rumah sedara Ann. Interesting sebab entertain monyet-monyet on the way nak pergi ke sana dan juga semasa pulang ke rumah. Tapi sayang pictures tak lawa. So this some parts during the kenduri~~



Sedara-mara sebelah isteri my uncle.



My cousin (Azila) and me~





My cousin. Again...



Nenek ku yang tak suka bergambar. Candid jer...


Wak Mon and Wak Idah... In between, Wak Idah punya anak, Aqilah.


Sek fan!!!


My dad, Wak Ayob and Wak Naim (the owner / host of the kenduri).


SIX Musketeers... suppose to have SEVEN.
(dari kiri) Rashid, Arif, Udin, Wan, Aziq and Lee.
Yang nampak kepala botak kat belakang tu... is Adib.

Dec 13, 2009

* One.Fine.Day *

Lepas pergi makan kat Tanglin (makan mee kung fu), Ann dan family pergi ke Taman Tasik Perdana. Saja-saja cuci mata, menikmati keindahan alam. Jalan-jalan ke Oasis Garden dan Edible Garden. Parking kereta dekat taman permainan dan berjalan kaki menikmati alam. Sangat tenang dan sejuk je berbanding kat Taman Tasik Titiwangsa. Kali kedua datang ke taman ni. Lain kali Ann nak datang ke sini lagi~~




Mula-mula kami ingatkan setakat jadi jaga. Rupa-rupanya menyaman kereta yang parking kat tempat yang dilarang. Aja (adik Ann) nak pegang kuda tu tapi tak berani. ^_^


Di dalamnya terdapat pokok-pokok herba dan pokok-pokok buah-buahan. Tetapi sayang seribu kali sayang. Tak dijaga dengan baik...



Pokok ditengah-tengah kolam. Kolam yang tak di jaga dengan baik. Tetapi tenang berada di sini.






My beloved parents~~






Dec 11, 2009

* Apabila Si Ayah berkata-kata... *

Al-kisahnya bermula disuatu pagi yang indah, apabila si Ayah mula risau akan anak gadis kesayangannya yang meningkat dewasa. Si Ayah perlu berkata sesuatu kepada anak gadisnya. Ada juga anak-anak lelakinya tetapi kurang penting lagi dikala ini. Lalu si Ayah mula bertanya...

si Ayah: (sambil memegang bahu anaknya) Sudah ada boyfriend?

si Anak: (termanggu-mangu nak menjawab) Err...belum kot.

si Ayah: (mula berkata-kata) Kalau dah ada cakaplah. Ayah tak kisah dah kalau anak ayah ni dah ada boyfriend. Kalau belum ada carilah dalam masa setahun ni. Anak ayah ni sudah besar. Ayah tak mahu anak ayah ni kahwin lambat. Ayah bagi green light kat anak ayah ni.

si Anak: (hanya mengangguk sambil tersenyum . tak tahu sama ada patut tersenyum gembira
atau tersenyum kelat)

si Ayah: (meneruskan kata-katanya) Nanti bila berada di tempat pengajian, cari-carilah mana- mana lelaki yang baik-baik. Yang boleh memberi bimbingan. Bukan ayah mahu anak ayah ni menggatal tetapi sudah tiba masanya untuk mencari sebahagian lagi yang patut ada dalam hidup diri anak ayah ini. Sebagai pelengkap hidup. Nanti dalam masa setahun ni, perkenalkanlah mereka bila tiba masanya.

si Anak: (hanya terdiam dan mengangguk tanda setuju dengan kata-kata ayah)

si Ayah: (kata-kata akhir) Ayah tak harapkan perfect tetapi biarlah yang boleh membimbing isterinya kelak. Juga cakap biarlah lembut apabila dengan kawan-kawan lelaki walaupun dia kawan baik anak ayah ini. Jangan lupa kata-kata ayah ni.

Kata-kata si Ayah berakhir disitu. Biarlah tidah panjang untuk diungkapkan tetapi harapan si Ayah sesuatu yang baik akan muncul didalam hidup anaknya. Tiada ayah yang inginkan kehancuran berlaku dalam hidup anaknya (melainkan ayah itu memang kejam dan tidak berhati perut!).

Cerita ini hanya pendek. Tiada kaitan sama ada yang hidup atau pun yang sudah meninggal dunia. Kepada semua ayah dan bakal menjadi ayah, pastinya akan tiba suatu masa nanti anda terpaksa merelakan anak-anak anda menjalani hidup yang sepatutnya. Seperti Ann, masih mempunyai ayah, masih belum menjadi hak orang lain (melainkan Dia). Apabila tiba masanya nanti, Ann tidak mahu mengecewakan ayah (walaupun kadang-kala kata-kataku dan perbuatanku menyakiti hatinya...). Insya'allah semuanya akan berakhir dengan baik apabila dimulai dengan nawaitu yang baik... Dan itulah yang berlaku apabila Si Ayah berkata-kata...

Dec 2, 2009

* Kasih Sayang Si Bulan Disember *

As usual, Ann akan berikan sedikit info buat Si Bulan Disember. Sebelum tu Ann ingin mengucapkan Happy Birthday buat adik-adikku yang tersayang (Wan & Aja), best fren ku (Aien) -[Aja & Aien lahir dibulan yang sama], kawan sekolejku dahulu (Iqa) & buat para pembaca yang meraikan Hari Lahir di bulan ini. Selamat Hari Jadi sekali lagi~~

Pemurah terhadap perhubungan

Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.

Tergesa-gesa dalam perhubungan

Suka didampingi oleh pasangan.

Benci dikongkong.- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu. (Utk Lelaki)

Suka mempengaruhi pasangan

Curang dalam percintaan.

Kurang berkerjasama dengan pasangan.

Selalu cuba untuk mencari pasangan yang baru

Mudah menipu dan tidak jujur terhadap pasangan.

Pasangan Ideal: Lahir bulan 3,9,11,12.

* Cuti 2 Minggu *

Finally tak lama lagi dah nak habis pun cuti semester. Result pun dah nak keluar (masa post entry ni Ann sedang tunggu result kuar dr pukul 4 p.m.) and minggu add/drop pun akan bermula. Singkat sangat cuti ni ye tapi nak buat macam mana. Redha jela.. Lagi pun Ann tak berapa suka bercuti lama-lama. Bosan. Masa semester bermula, Ann akan jadi workaholic. Macam semester lepas; attend program, seminar, buat sesi kaunseling dengan client, assignment, presentation, bersukan & macam-macam lagi la (tunggu next entry... tak sempat siapkan part II *wink*).

Semester depan, seperti kata-kata Cik Nad, Ann akan jadi "kamus bergerak". Amik Arabic language, BM Lanjutan & English for Academic Purposes. Menarik tapi masalah lain yang timbul. Ann masih belum cukup credit hour. Subject pun sedikit je. 5 je kot. Selalunya amik 8 - 9 subject. So masa add/drop nantilah Ann terpaksa buat something untuk cukupkan.

Dikala ini masih menunggu reault yang masih belum keluar lagi. Risau juga sebab banyak subject yang kurang yakin. Agak susah juga nak target. Walau apa pun itu tak dapat mengubah apa-apa. Ann dah habis bertawakal dan semuanye berserah sahajalah kepadanya. Ann tak mahu "tamak haloba" seperti seorang kawan Ann. Dia bukan tamak yang macam mana cuma terlalu meletakkan high expectation sehinggakan bertukar menjadi selfish. Adakah anda setuju dengan segulung ijazah sudah cukup untuk menentukan future life as a human? Fikir-fikirkanlah kerana Ann adajawapan yang selain darinya....

Nov 25, 2009

* Origami ~ Bookmark *



Salah satu hobi Ann~~ ORIGAMI! Ann belajar dari sebuah website. Agak susah juga step untuk menghasilkannya. Jadi Ann akan cuba untuk permudahkan kepada yang ingn mencubanya. Ikutilah langkah-langkah yang seterusnya~~



1. Sediakan kertas yang berukuran segiempat tepat. Anda boleh menggunakan apa-apa sahaja kertas mengikut kesukaan anda. Lebih elok jika menggunakan kertas pembalut hadiah.




2. Dibahagian belakang perlulah kosong kerana untuk membezakan di antara dua bahagian.


3. Lipat kertas kepada dua bahagian dan mestilah sama ukuran.



4. Potong kertas tersebut mengikut garisan tadi. Ambil salah satu kertas itu.


5. Seterusnya, lipatkan kertas tersebut sekali lagi. Sama seperti yang di atas.



6. Kali ini, lipat kedua-dua sisi kertas sehingga bertembung dibahagian tengah. gunakan garisan lipatan yang telah dibuat sebentar tadi.



7. Lipat sedikit dibahagian hujung kertas. Lipat mengikut lipatan yang sedia ada. Ia digunakan sebagai penanda.


8. Kemudian, lipat kertas mengikut lipan segitiga sebentar tadi. Setelah dilipat, buka lipatan segitiga tadi.




9. Setelah itu, lipat kedua-dua bahagian dan pastikan ianya selari. Biarkan ia bertembung di tengah-tengah.


10. Selepas itu, lipat di bahagian atas sedikit mengikut lipatan yang sedia ada.



11. Lipatkan jalur yang hujung mengikut lipatan yang sedia ada. Buka dengan perlahan-lahan dan teliti. Kelopak akan terbuka dengan sendirinya. Walau bagaimanapun, ia memerlukan sedikit bantuan untuk membukanya.



12. Gambaran dibahagian belakang.



13. Gambaran di hadapan apabila kelopak telah dibuka.



14. Hasil daripada lipatan tadi.




15. Lipat sedikit dibahagian belakang dan jadikannya 4 lipatan kecil.



16. Lihatlah hasilnya! Selamat Mencuba!


p/s: Please drop in your comment. Saya sangat menghargainya. Kritik jika perlu supaya saya dapat buat yang lebih baik daripada ini...


Nov 23, 2009

* Info About Counseling Part 3 *

Semester ni Ann telah belajar 11 theories about counseling. Agak banyak tapi menarik. Dr. Haniza pun ada menyuruh kami memilih salah satu daripada teori itu, yang sangat dekat di hati kami. So, setakat ni Ann tertarik dengan Adlerian Theraphy. Wh- questions bermula disini...

Adlerian Theraphy fokus pada family constellation. Di dalam perkara ni, anak yang ke berapa dalam family menjadi keutamaan dalam therapy ni; anak pertama, anak kedua, anak yang tengah, anak bongsu dan anak tunggal. Setiap daripada mereka mempunyai karekter yang berlainan (boleh Google mengenai info yang lebih detail).

Mengapa memilih theraphy ni? Kerana Ann memang suka pada isu yang melibatkan setiap kelahiran kanak-kanak yang berlainan; maksudnya urutan kelahiran dalam family. So interesting to know. Walau bagaimanapun, Dr. Haniza meminta Ann review balik verbatim dari client yang Ann buat sesi sebelum ni. Sama ada berkaitan dengan Adlerian or tak. Bila di fikirkan balik, ada juga kaitannya...

Nov 22, 2009

* Baru Belajar *

Ann baru sahaja belajar buat benda ni guna Photoscape. Best juga~!





My Family


Nov 21, 2009

* Recently Hooked By... *

Listen to Aizat's song (English version) - I Go. Melt my heart~ *wink*

So long, fare thee well
The dancer & the dancing days hv taken leave & fell
So turn down this bed of stone
Quench me with the deadly nightshade frm the rose that u belong
The long December rain is falling now
Running down on streets to nowhere
Music is my life u're my sweetest nightingale
But I cant hear it here no more
n I go
I go
Hush now, dont shake or break
Words hv fallen silent like soldiers to the grave
No matter what they do or say
Lay me on the sleepy meadow by the tracks upon ur face

Nov 20, 2009

* Summarizing ~ Part I *

Alhamdulillah everything was settled down. Ann pun baru je baru sahaja sampai rumah malam tadi. Bila Ann dah settled down gini, bolehlah Ann fikirkan banyak benda yang telah berlaku di sepanjang semester ni. Almost make my life turn into a chaos but I managed to overcome it. So, let's make reviews about it~!

Mr. Rozain's Curriculum classes

Frankly to say that I love this class because it relates to outdoor setting. Every week, our insrtuctor akan bawa kami ke Female's sports centre, to practices for volleyball. This subject is part of us because manalah tau kot-kot kami kena mengajar Physical Education untuk menggantikan cikgu yang semakin berkurangan ni (including me as a counselor-in-the-making!). Interesting huh? During in this classes, I was more corncerend about playing volleyball. Mana taknya, kenalah baling-baling bola. I hate that part! Another part is, Mr. Rozain realize yang geng kami (Nad, Hana, Ifa and me) tak aktif bermain volleyball, breaking the rules dan selalu hiding behind. Ala-ala budak nakal gitu~ The best part is during the quizzes; buat quizzes kat court basketball. So cool~! Even though I hate ball very much but at least make me slowly overcome it (by force!)





Mr. Rozain teach us how to warm up!





Quizzes at the basketball court!





Last day~!

Dr. Syed Alwi – Aerobic for mind

This subject is the best most! Tools for Thinking. No assignment, no presentation and no need to study for examination. TETAPI, sangatlah susah sebab dia bagi soalan teka-teki. Every Monday, 5 – 7 p.m. kena attend classes. Never skip because nanti kerja bertambah-tambah. Then, bila dah class petang paham-paham ajelah ye. Hehe..