Tahukah anda, warna boleh memberikan kesan secara psikologi kepada si pemakai. Ann juga pernah mengalaminya dan ianya memang benar. Semester yang lepas perabot di bilik hostel Ann berwarna oren. Warna tersebut membuatkan Ann sentiasa lapar. Ann jenis kuat makan dan apa lagi... kejenya asyik makan je... huhu. So just try. Manalah tau kot-kot sesuai dengan anda~! :p
[MERAH]
Personaliti diri - Sangat gemar melakukan aktiviti lasak, tubuh badan yang bertenaga, sentiasa stabil,yakin pada diri sendiri & mudah mesra.
Gunakan apabila... - kita rasa letih @ keadaan fizikal yang lemah. Apabila bersendirian & rasa tidak selamat.
Jangan gunakan apabila... - Sedang marah, rasa lebih agresif @ aktif & memerlukan rehat yang cukup.
[KUNING]
Personaliti diri - Peningkatan stimulasi mental, membuatkan mental kita bergerak cergas, pemikiran yang tenang, bertenaga & bersemangat.
Gunakan apabila... – menderita akibat tekanan mental & hendak membuat keputusan muktamad. Juga dalam keadaan berdebar-debar & takut.
Jangan gunakan apabila... – berasa penat, ingin berehat & mahu kelihatan lebih agresif
[HIJAU]
Personaliti diri - Warna flora & fauna. Kita sentiasa berfikiran positif, perasaan yang sentiasa tenang, pemurah, lembut & sedikit sensitif
Gunakan apabila... – kita berasa bimbang & memerlukan ketenangan. Juga apabila kita rasa letih, memerlukan rakan kongsi masalah & meningkatkan daya sensitiviti serta rasa sunyi
Jangan gunakan apabila... - Berfikir sesuatu perkara dengan lebih mendalam
[BIRU]
Personaliti diri - Kita sentiasa mengekalkan ekspresi diri , komunikasi yang baik,bijak bertindak & tahu tanggungjawab diri
Gunakan apabila... – kita ingin menikmati ketenangan mental & emosi. Juga apabila kita berada dalam keadaan terperanjat & tidak dapat menyuarakan isi hati serta rasa malu
Jangan gunakan apabila... - berasa menggeletar & sejuk
[OREN]
Personaliti diri - Meningkatkan lagi fizikal & emosional . Memberi ketenangan & menaikkan nafsu makan
Gunakan apabila... – Bagi ransangan tenaga, semasa bosan & tertekan. Apabila kita rasa gembira , ceria & ingin keseronokan
Jangan gunakan apabila... - anda cenderung bersikap suka menyoal , sedang marah & ingin merehatkan diri
[UNGU]
Personaliti diri – Mencerminkan kreativiti, idea, kebolehan dalam seni & bersikap ideal & inovatif
Gunakan apabila... – anda memerlukan inspirasi. Juga apabila rasa tertekan & hilang keyakinan diri
Jangan gunakan apabila... - Kita rasa malu & terasing
1 comment:
waaa....bagusla bakal kaunselor y benmaa ann ni....coklat lak ape ek?hehe
Post a Comment