May 13, 2010

Menghilangkan kesan warna pada kain

Baca story ni dulu...

Pada suatu hari, Ann merendam baju kurung batik yang berwarna pink sebelum membasuhnya. Lalu meninggalkannya di bilik air (waktu pagi). Kemudian, bila tiba waktu tengahari, ketika ingin membasuh pakaian tersebut, Ann dapat lihat tompokan warna hitam yang telah melekat pada pakaian tersebut. Pakaian tersebut takleh ditonyoh terlalu kasar kerana boleh merosakkan baju tersebut. Ann berlari ke bilik dan mengadu pada roomate nya, Cik Yati. Cik Yati pun berkata, "Hari tu Hana pun kena macam tu jugak. Dia gunakan sabun mandi." Lalu, Ann pun try. Hasilnya... warna yang tidak diingini tu pun hilang.

So, faham tak mesej yang Ann nak sampaikan? Mari kita synthesis cerita tadi...

Cara-cara menghilangkan kesan warna pada kain (terutamanya yang sangat sensitif):

Bahan yang diperlukan hanyalah sabun mandi yer. Yang berbuku. Bukan yang jenis liquid. Juga bukan sabun mencuci pakaian yang biasa digunakan
  1. Pakaian tersebut mestilah ketika masih baru lagi dicuci dan basah. (kiranya macam baru je lepas basuh baju tu dan masih basah. Ala-ala fresh lagi ler...).
  2. Tonyoh dengan perlahan sabun tersebut pada kesan warna tadi.
  3. Gosokan sabun bagi rata.
  4. Rendamkan baju tersebut didalam air yang berisi baldi.
  5. Ulangi steps tadi sehingga hilang. (Kadang-kala memerlukan beberapa hari untuk hilang. Bergantung pada teruknya kesan tersebut)

Sebelum anda mengaplikasikan tips di atas, perlu diingatkan bahawa semuanya adalah atas risiko anda. Paling lama kesan warna hilang (yang terkena pada baju Ann) adalah selama 3 hari. Boleh juga diaplikasikan pada kesan kotoran seperti terkena air chocolate or mocha or pape yang seangkatan dengannya. Selamat mencuba~!

7 comments:

Anonymous said...

baru tau ke cik ana?hayya...he3 ~ pochie

Syafiqah Nafis said...

mak sy pon wat gtu...
kkdg guna sunlight pon jadik

Unknown said...

boleh hantar baju kt sang pakar ni ker

Ruzanna Rahman ~♥ said...

pochie: dh lama tau ler...cume nak share jer..

iQapiQa: oo..ye ke...thnx 4 sharing..

kalam: mn ada pakar

Unknown said...

:)yang merendah diri

nadia said...

hehehe...sy pun dah tahu.
okey2...sharing is loving.

Anonymous said...

wuhuuuuu...thanx a lot...manage to save my luvly FILA tracktop..thanx a lot again!!..=)