Aug 3, 2011

Tokoh Keluarga *love this one*

 Hi peeps!
I tak nak explain banyak-banyak yer. Ni karangan Cik Aja. So sweet~~~ *want to laugh anyway. haha* Pape pun, should give big applause to her for completing her project. Enjoy your reading ^_^

"Saya memilih ibu saya menjadi tokoh pilihan saya kerana ibu saya seorang yang peyayang, rajin dan kadang-kadang ibu saya sangat tegas pada kami sekeluarga. Ibu saya seorang yang tidak mudah berputus asa dalam sesuatu perkara yang dilakukannya. Beliau selalu berpesan kepada kami hormatilah kedua ibu bapa  dan guru kami kerana merekalah orang yang mendidik kita hingga kita besar.

Selain itu, ibu saya juga seorang yang suka membuat kuih. Ibu saya akan membuat kuih yang ditempah oleh orang. Ibu saya juga seorang yang rajin menanam pokok bunga yang cantik-cantik bunganya. Ibu saya juga seorang yang prihatin akan anak-anaknya. Contohnya, ibu saya akan memeriksa buku-buku sekolah dan selalu mengambil berat tentang kesihatan anak-anaknya. 

Di samping itu, ibu saya tidak mementingkan dirinya sendiri kerana beliau selalu menolong saya membuat kerja sekolah jika saya tidak faham. Saya sangat bangga mempunyai ibu yang penyayang, prihatin, rajin dan bertanggungjawab."