Jun 29, 2010

Tips Jadi Cergas!

I ♥ this nuffnang advertisement! Ada tips sihat dari Milo [ProtoMalt]. Banyak tips-tips yang ada. Boleh klik kat sini yer. Antara tips-tips yang Ann suka and selalu buat adalah:

  • Take deep breath - Sangat bagus bila stay dalam kuliah lama-lama. Nak-nak bila class 3 jam.  Mengantuk dengar lectures. So pe yang Ann buat adalah tarik nafas dalam-dalam. Or keluar class kejap. Ala-ala nak pergi ladies ler *padahal merayap kejap sambil cuci mata* ngeh3x...
  • Laugh often - Because laugh is the best medicine. Bila senyum orang pun tak takut dengan kita ma... Tapi gals jangan pulak senyum kat strangers yang bernama LELAKI. Karang diorang ingat kita nak mengorat or diorang yang terlebih perasan kang. Hehe...
  • Connect with other - Selalulah jumpa member ker. Menganyam ketupat ke. Bagus jugak. Kalau dok sorang-sorang tak ke lagi bosan? Hehe...
  • Stay hydrated - Ann selalu gi kuliah bawa tumbler yang penuh dengan air masak. Kalau dahaga tak payah susah-susah ke cafe cari air. Then jimat duit, kan? Lagi sihat because air masak memberi oxygen dalam otak.
  • Take a nap - Ha! ni pun bagus jugak. selalu jugak buat tapi kadang-kala terlajak sampai berjam-jam. Hehe. Tapi, JANGAN tido dalam class pulak. Nanti kena siku dengan member kat sebelah. Hehe Macam dot dot dot... Hehe..
  • Get a good night's rest - Tido awal, bangun awal. Jadi taklah esok pagi mengantuk nak pergi kuliah or office.
Lastly, yang tak ada dalam tips tu....

Minum milo anda jadi sihat dan kuat! 
*nyanyi macam iklan milo dulu-dulu*

Tips mengorek rahsia orang

Hmm... baca topic tu pun semacam jer kan? Tapi mungkin berguna untuk korang semua. Kalau tak menjadi or tak berguna pun tak apalah kan... Ann dapat ilham title entry tu bila ada seorang member ni yang tak paham entry Ann yang ini (klik disini). Sebenarnya bukan itu niatnya (nak korek rahsia orang) tapi sebenarnya lebih kepada nak bantu orang yang ada masalah. FYI, member ni budak science. So, dia kata dia mana paham sangat ayat yang berjela-jela ni (ada kebenarannya kot ~_~) dan dia kat dia paham direct point jer. Lepas tu barulah Ann teringat yang bukan semua orang boleh memahami apa yang ditulis oleh Ann. Ann ni kira Art stream dan dia pulak Science stream. Manalah sama. Huhu. *merepek kejap*. Ann menggunakan teknik-teknik seorang kaunselor yang nak tau masalh client. Semuanya belajar masa amik subject Counseling Lab 1. So, mari kita buat synthesis entry ini:

  • Seorang kaunselor perlu ada rasa empathy. Maksudnya bersungguh-sungguh nak dengar masalah orang. Dengan IKHLAS yer...
  • Kita boleh ceritakan tentang pengalaman kita yang lalu kat kawan kita yang ada masalah tu. TAPI jangan bercerita banyak sangat. Cukuplah sekadar yang menunjukkan yang kita ni sangat-sangat memahami dirinya.
  • Banyak mendengar dari bercakap a.k.a lend your ears to him/her.
  • Jangan bagi advice kat kawan kita tu. Sebaliknya tanya balik pendapat kawan tu.
  • Semasa kawan tu bercakap, jangan potong cakapnya. Dengar sambil cakap "oh! ye... uh-hu... hmm.." dan sebagainya.
  • SHOCK PROOF - apa-apa cerita yang diceritakan, jangan buat muka terkejut. Just relax walaupun dalam hati cam tak leh nak terima.
  • Last but not least (additional info), JANGAN BOCORKAN RAHSIA ORANG! IT IS A BIG MISTAKE!
So, itulah antaranya yang Ann dapat bagi tau. Kalau nak tau lagi, rajin-rajinlah bertanya yer ^_^


Jun 24, 2010

Entri Perkasam

Supposed entry ni patut ada sejurus lepas habis exam dan juga bila dah sampai kat rumah. Tapi apakan daya. Ann lebih interested nak post entry lain. Tak-tau, dah pun jadi perkasam. 4 hari bersimpan. Hehe. 


So, lepas habis exam pada 20/6 hari tu, keluar jer dari exam hall, terus call rumah. Ayah kata akan jemput pukul 2 petang. Padahal dah deal dengan ibu nak amik pukul 3. Tengok jam dah pukul 11.30 pagi. Tiba-tiba teringat yang Ann BELUM PACKING! Arrgghh! Okay. Cool okay? Stress management. Sebelum balik, jumpa dulu my CF (nanti I rindu kat dia~). Dia ajak tengok wayang. Cerita Shrek. Tapi sorry dear. Tak boleh. Lain kali yer sayang? Lepas borak-borak dan scene perpisahan, terus balik bilik. Okay, pukul 12 dah. Perut lapar tapi terpaksa tahan. Makan ajer gula-gula dan wafer oren kat bilik. Sabar yer sayang, nanti i bagi makan yang sedap-sedap (usap-usap tummy yang berisi angin) ~_~.

Tiba-tiba, hp berbunyi. Ibu cakap baru jer keluar rumah. Masa tu baru pukul 1.30. So, okay, tunggu ajer. nasib juga dah siap packing. Adalah lebih kurang 5 beg jer. Semua beg kecik-kecik including my lappy bag. Tapi berat seyh! Hanya bawa balik:
  • Baju-baju yang beberapa banyak helai.
  • Important files.
  • Notes yang dah tak dipakai.
  • My lappy.
  • Electrical stuffs.
  • Small stuff such as toiletries.
Jenuh nak angkut dari tingkat 4. Tapi tak apa. Cuti 3 minggu punya pasal. Then tunggu my parents. In the end diorang fetch me at 3 pm. Duh! Cam sama jer deal yang sebelum ni. Tapi tak apa. Bila dah balik ni, macam-macam yang terlintas. Nak buat apa eh kat rumah? Ni antara lists yang ada:
  • Mengemas
  • Makan
  • Tido
  • Tengok TV puas-puas
  • Jaga pets
  • Main dengan pets
  • Online sampai lebam
  • Tulis entry banyak-banyak
  • Jalan-jalan dengan sape-sape yang available. Dapat kuar gi pasar pun okay
  • Dan lain-lain...
Juga semalam dapat keje AdHoc. Helped my sister last night... So, jagi macam ni...

Kena buat uncang. Comel tak dia buat? (hanya tolong dia for about 20% jer). So, okaylah. Nak gi buat minum petang. Babai. XOXO

Jun 22, 2010

From IIC with ♥ ~~

Baru-baru ni, my old friend tagged me in her photos on FB. Suddenly, I missed my old time during I was in International Islamic College (IIC). Meh usha picture nie...
*ada orang kata macam ala-ala dekat London*

Semua muka bajet termasuk i. Lalala~ So, sweet memories still remain in my mind and could never forget until I die. All those people in that picture are the closest friends during that time. I'm the one who wore yellow shirt. Yang bajet pegang gitar. Sebelah tu, Iqa, the closest one. Selalu belajar sama-sama time nak exam, makan nasi lauk ayam goreng & sambal belacan sama-sama yang harganya paling murah (bukan kedekut okay?), all subjects class mesti sama-sama and even kami pernah cakap masa second year in these words "Sekarang second year, kan? Nanti tak lama lagi final year and terus grad. Bestnya...". Then, convo pun dah berlalu for almost 2 years ++ from now. Sekarang dia jadi supervisor kat sebuah tadika kat Johor. Then, yang sebelah tu, Hani. Antara yang nampak sweet tapi agak ganas jugaklah (sebab dia belajar silat wo! Don't mess with her!). Sekarang ni dia belajar kat USIM. Yang sorang lagi tu, Jannah. Sekarang sambung belajar kat UUM dan dia pun baru je melangsungkan pertunangannya (bila nak nikah pulak? hehe). 

Bila tengok pic ni, terasa terus nak menulis this special entry for you guys. And still keep this convo's picture...
*sama tak kedudukannya?*

Then, tersenyum sendiri. So, selongkarlah laci. Kot-kot ada benda lain yang leh dicari and tada...
*pic antara yang paling tak photogenic*

Ada jer banyak lagi pics yang nak dimasukkan tapi tu antaranya lah. Then ni my part pulak. During the convo 2008. Tapi tak rasa sangat 'coz convo dalam UIA. Masa tu pulak dah pun jadi student UIA. Nanti for about 2 years more, pun grad kat UIA but tukar sikit; having mortar board on my head. Wee~ So, bayangkan ada mortar board... Lalala~
*first time dapat bunga.from my family, okay?not bf*

So, sekarang ni dah boleh adapt dengan environment kat UIA. Yelah dah nak masuk third year kat sini. FYI, I make new closes friends in here too. One of them is from IIC too. Amik Dip in Early Childhood Education (DICE) jugak. What an coincident, right? This is her... Cik Nad.

Dan juga my CF. Not BF... Mr. Bubu.

*teman tapi mesra, okay?*

So, best wishes from me to all you guys in whatever you are doing right now. Focus and the bright future is heading to you. Hugs and kisses from me. Hope could see you guys 'coz damn miss you~ (nak kahwin jangan lupa jemput yer~)

Jun 21, 2010

Empathy, empathy and empathy

Recently, something happened to me. Tak taulah nak cakap macam mana, tapi lupakan ajer 'coz I have another topic to spill it out. Well, tengahari tadi Ann online dan tegur someone from my friend's list. Dah borak-borak, Ann dapat detect yang dia cuba nak tau sesuatu dari Ann. Ala-ala nak korek cerita ler... In other words, kaunselor-tak-bertauliah. Tapi caranya not a genuine counselor setting 'coz it is in a chatroom. Nowadays, there are a thounsands of "online counseling" but that one is not called as a counselling session because:
  • Nobody knows who is the client.
  • Might have fake identity.
  • We, as counselor, doesn't know what kind of facial expressions and body language that our client would express.


Then, my friend had toooooooooo much self disclosure. Maksudnya, dia try nak kaitkan dengan experiences dia, tapi dia "bercakap" terlalu banyak dari Ann. Ada gak rasa kadang-kadang nak provoke Ann. Padahal bonding antara counselor and client is still not in there yet. So, memang kesalahan disitu. Lagi satu, COUNSELOR TAK CAKAP BANYAK BERBANDING CLIENT. Juga, COUNSELOR NEVER GIVE ANY ADVICE. Sebaliknya, COUNSELOR MENGAJAR CLIENT CARA UNTUK BERFIKIR. Use mind to think 'coz every issues have own solutions. Then, dia suka potong cakap Ann. Geram pun ada. Hilang  terus idea nak cakap apa 'coz sebagai client, bila dah start nak bercakap, mungkin semua yang dia rasa tu akan cakap in one shot. So, counselor tak bolehlah nak potong-potong. Huhu...


Genuine? Maybe, 'coz cara dia cakap memang cam nak tau tapi kadang-kadang macam terlebih excited nak dengar my juicy story. Kesalahan tau kalau over excited 'coz nanti mungkin akan hilang information yang kita nak cakap. Then, counselor must be SHOCK PROOF. These words belajar masa Counseling Lab 1. Madam kata, apa-apa yang diceritakan oleh client, kenalah buat muka cool jer walaupun cerita dari client tu agak mengejutkan. Karang kalau buat muka terkejut, client mungkin akan fikir lain. Sila JANGAN buat macam ini yer...
*tak boleh juga buat muka terkejut tapi adorable.salah tu.okay?*

Contohnya, dia buat satu kesalahan, tiba-tiba kaunselor buat muka terkejut. Client mesti akan fikir yang kaunselor sedang judging and gonna sentence him to 'death' because of his fault. *ala-ala dramatic gitu*. So, buat muka cool tapi jangan dok senyum pulak. Kang cerita sedih, tapi senyum, kang client kata counselor gila. ^_^.

So, itulah antara skills yang perlu ada dalam seorang kaunselor. Nampak senang tapi? Fuh! Berpeluh jugak. Tapi perlu ingat bahawasanya kaunselor itu manusia biasa. Macam ada pepatah tu kata "a doctor need another doctor to treat his illness". So, kaunselor pun samalah. Ayatnya macam ni "A COUNSELOR NEED ANOTHER COUNSELOR TO SOLVE HIS ISSUE"...


p/s: cerita ini adalah benar semata-mata. cuma apa yang ditulis ini hanyalah sekadar info dan panduan untuk diri sendiri. tak faham, boleh tanya yer ^_^. it's my pleasure to share with you~~


    m.a.a.f

    M ~ Maafkanlah diriku ini.
    A ~ Aku tahu yang aku ini bersalah padamu.
    A ~ Akibatnya, kau sendiri yang merana, bukan aku.
    F ~ Hanya seribu kemaafan yang dapatku pinta darimu.

    Jun 16, 2010

    Craving for laksa!


    Finally, dapat makan laksa yang sedap.
    Balik ni harap-harap ibu buat laksa jugak.
    Nyum-nyum...
    Cik Nad, enjoy your laksa too~!

    Kampung kat mana?

    Ann baru jer balik dari pasar malam kat UIA ni. As usual beli agak banyak. Mungkin dah lama tak singgah pasar malam. Dah nak habis sem barulah ada peluang nak gi sana. Nasib ada Cik Nad yang boleh temankan. hehe... Then, balik ingat nak tunggu jer shuttle bas UIA. Jauh nak jalan kaki. Mau pengsan kalau nak berjalan balik. Cik Nad pula nak jugak balik jalan kaki (kolej kami tak sama). So, okay jer. Tinggallah Ann tunggu bas dengan orang-orang yang kat situ. Dah lama-lama, ada sorang akak ni offer naik cab sama-sama. So, okay jelah dari tunggu lama-lama dan keseorangan nanti. Cerita pun bermula semasa naik cab...

    Pakcik Cab: Kamu ni kampung kat mana? (tanya akak yang dok depan)
    Kakak A: Orang Kelantan
    Pakcik Cab: Kamu pula? (tanya kat Ann)
    Ann: Err... Selayang
    Pakcik Cab: Yang sorang lagi? (tanya kat akak sebelah Ann)
    Kakak B: Kelantan

    Then...
    Pakcik Cab: Ha! yang dari Kelantan ni bagus mengaku kampung. Yang dari Selayang ni tak bagus sebab tak mengaku ada kampung.
    Ann: (diam sambil senyum jer tapi dalam hati cakap. 'adeh! pakcik ni tak sayang mulut agaknya')
    Pakcik Cab: (sambung lagi) Mungkin kampung mak bapak dia jer...

    Tak sempat nak habis ayat, cab pun dah sampai. Fuh!! Lega betul. Panas jugak dok dalam cab tu... Suka-suka hati jer tadi. Nak jer menjawab tapi nasib dia pakcik. Layan ajer la... Kalaulah Ann menjawab tadi, mau panjang lebar Ann explain. Mungkin Ann akan explain begini...

    "Saya cakap saya orang Selayang sebab saya dah l7 tahun tinggal kat Selayang. Then, dalam surat beranak, saya lahir kat KL. Ayah saya memang orang asal Klang. So, memang ada kampung kat sana. Ibu saya pula lahir kat Terengganu tapi dah pindah kat Perak. Atuk saya memang orang Perak yang kahwin dengan opah saya yang asal dari Terengganu. So, saya jugak ada kampung kat Terengganu dan Perak. Tapi Terengganu tu jarang balik. So, balik kat Perak. Saya dah lama menetap kat KL. Membesar dan bersekolah kat KL. Sekarang ni ada banyak pilihan. Pakcik nak kampung saya yang mana 1?"

    Jawapan part last tu mungkin cam not proper to ask tapi panas jugak bila pakcik tu cakap ikut sedap mulut. Seumur hidup, Ann tak pernah dipersoal macan tu. Kalau masa sekolah dulu-dulu, kawan-kawan hanya tanya, "Raya ni ko balik kampung mana?" So, macam okay jer, nak-nak bagi budak-budak yang memang asal KL. Diorang akan ada at least 2 kampung. Tapi cara pakcik tu cakap cam pelik jer and for me not proper even dia sekadar nak berlawak. Anyway, I don't mind which "kampung" I belong to. At least Ann ada tempat untuk beraya, jumpa sedara-mara dan tau asal-usul. Am I correct? (tak sedih pun cuma annoying pakcik yang tanya salah soalan... -_-)

    Jun 14, 2010

    June 2010 Blog Giveaway!!

    Hi there!
    I'm about so excited here!!
    Trying something new...
    Guess what?!
    It is very, very adorable card to have it.
    Can you see it?


    Nice, huh?
    I wish I'm the lucky one because only 6 person will get it (auwww...)
    Wish me luck!

    Kesalahan

    Saya moody semalam.
    Salahkan benda kecik jer.
    Tapi buat jadi besar.
    Bila orang moody, yang kecik akan nampak besar.
    Mungkin saya suka kecewakan hati orang.
    Bila dah kecewakan dia, dah tak ada benda baik akan berlaku.
    Saya tau salah saya.
    Sekarang bertambah moody.
    Mungkin saya rasa macam mana dia rasa.
    Mungkin patut saya jadi macam tu kot?
    So, jangan jadi macam saya.
    Okay?

    Jun 10, 2010

    Berakhir sudah...

    Alhamdulillah akhirnya dah habis pun semester III ni. Taklah thrill sangat coz just a short semester with 2 subject. Pagi ni baru habis. Assignment pun baru jer submit to my friend. Tomorrow dia submit. Now, focusing to my final examination which are on 14 and 20/6... So, wish me luck! 

    Selama seminggu UIA hujan jer. Apa lagi... main hujan then I fall sick. Not severe but malam-malam shivering jugak ler. hehe.. Then semalam outing with my cf. Yang "heaven" nye ada orang nagged me -_- ... But it's okay coz nagging is good for health! hehe. I know they love me and that's why I had been nagged. hehe... Hopefully I get well soon... 

    So, starting from tomorrow kena focus do revision. Balik ni makan-makan, tido and tengok citer Yukan Club dulu. hehe. For you guys, especially IIUM students, wish you all the best for this semester. Viel Gluck!

    Jun 6, 2010

    Kenduri Kahwin

    Ann baru jer balik dari kenduri. First time attend 2 kenduri in 1 row. Anda dapat bayangkan perut Ann full giler. kenduri yang pertama, jiran depan rumah. Anaknya tu dulu rakan sepermainan masa kecik-kecik dulu. Dulu, nak pergi sekolah agama (waktu petang), dia akan tumpang my mum and kitorang gi sekolah sama-sama (Ain't it sounds sweet?) Dia muda setahun dari Ann jer. Bila menginjak alam sekolah menengah, kami dah tak berjumpa dah sehinggalah kebetulan masuk kolej yang sama. Jumpa pun jarang... A few months ago, dapat tau dia bertunang. Alih-alih balik rumah baru-baru ni, my mum kata dapat invitation dari Pakcik Halim (ayahnya); bernikah dan melangsungkan perkahwinannya... Rumah yang kedua pulak, kawan my parents. Anaknya tu pun pernah jugak jadi kawan kejap masa sekolah rendah dulu. Bila dah besar panjang ni, lost contact. Kawan ayah ni mengahwinkan anaknya 2 orang sekali gus. Mesti happy jer~

    Masa menjamu selera dirumah yang kedua, ramai kawan-kawan office ayah datang. Meriah sungguh! Tengok ayah and his friends borak sakan and gelak-gelak. Tiba-tiba terdetik dihati Ann... Agaknya 20 - 30 years from now, nanti Ann pun mesti akan melalui fasa yang sama macam my parents and their friends. Mula-mula berada di alam perkahwinan. Then, beranak-pinak and time anak-anak bersekolah. Next, college /university phase. Tup-tup, nak mengahwinkan anak-anak bujang. Isn't it a long journey to go? Especially with someone that meant to us. Someone that willingly to live together and face all the future obstacles. Right now my parents in between of their children are still in study phase and at the same time waiting their daughter (obviously it is me!) and son (my younger brother), to go for the next level; get married!

    When we are still in 5 members.

    Time goes by... I could see wrinkles on my parents faces and that shows they had already went through all the hardship days to raised us by showering lots of love and cares. To say thanks is not enough compared to what they had done to us. Millions thanks to both of you. Even though it is hard for us to say it in words...


    Just For You!

    Wish all my friends can do well in this coming examination. This entry purposely made for:

      Mr. B
      Cik Nad
      Cik Saidah
      Cik Ruham
      Cik Iffah
      Cik Hana
      Cik Tikah
      Cik Yati
      Cik Azza
      Cik Fatin


      p/s: maaflah kepada sape-sape yang takde pic disini~

      Macam mana nak jadi perempuan ~ Suka Membebel?

      Kalau tengok topic kat atas tu, memang sah-sah para lelaki mengiyakan ajer. Entah-entah lagi bersorak kegembiraan. Well, sejak zaman-berzaman perempuan memang "terkenal" dengan isu ni. Mari kita guna perkataan lain sikit... Mengomel yer or nagging. Sebelum kita pergi in further details, mari kita baca story ni... (as usual...)


      • Situasi A ~ Didalam sebuah keluarga melibatkan antara Daddy dan Mummy. Menyuruh anak mereka mandi:
      Daddy: 

      "Danial. Mandi." *sambil buat muka serius*

      Mummy: 
      "Danial. Dah Maghrib ni. Mandi. Buka baju tu letak kat washing machine. Mummy tak nak baju bersepah-sepah yer... Mandi jangan lupa sabun. Jangan mandi koboi yer... Kang Mummy nak check. Mandi tak basah, siap yer!" *sambil mencekak pinggang dan muka marah*


      So, dah nampak perbezaannya? Really obvious, right? But that's the reality. Bukan membebel tanpa sebab but at least tak perlu cakap banyak kali. Maksudnya, lepas mandi kena bersuruh pulak letak baju dalam washing machine. Then, kalau mandi tak betul-betul basah, kerah pulak mandi lagi sekali. Tak ke payah tu... (it's sounds like me but not as "Mummy" roles. Sometimes)



      • Situasi 2 ~ In relationship "things"
      Si boyfriend bertanya kepada girlfriend nya, "Okay tak kalau I bagi nie jer kat kawan I?" Girlfriend nya menjawab, "Hah! Nak bagi nie jer? You nie agak-agaklah nak bagi barang pun. Barang murah gini... bla... bla... You keje... bla... bla..." (p/s: kalau dapat girlfriend seorang kaunselor or counselor-in-the-making akan tanya, "Awak rasa?"... hehe)


      So, yang ni pun obvious jugak kan? Tapi kalau setakat cakap pendek jer, nanti boyfriend dia tak belajar apa yang patut dan apa yang tak. Perempuan dijadikan pelengkap bagi seorang lelaki. Macam entry yang lepas-lepas, Ann dah sentuh part perempuan sebagai pelengkap lelaki. 

      Tapi kan, lelaki pun ada yang jenis suka mengomel. Lagi-lagi kalau... 

      Mengomel + Menyindir = SAKIT HATI wooo... 

      Mau menangis + Makan dalam = MERAJUK... 

      Mungkin dalam dunia memang hanya melihat perempuan begitu. Memang sangat obvious tapi kadang-kala itulah yang menjadi pengubat bagi si lelaki. Tapi perempuan pun kena ingat, mengomel biarlah berpada-pada. Ann pun mengingatkan untuk diri sendiri juga...

      Jun 4, 2010

      Awaken ~ Maher Zain

      We were given so many prizes
      We changed the desert into oasis
      We built buildings of different lengths and sizes
      And we felt so very satisfied
      We bought and bought
      We couldn't stop buying
      We gave charity to the poor 'cause
      We couldn't stand their crying
      We thought we paid our dues
      But in fact
      To ourselves we're just lying

      Oh...I'm walking with my head lowered in shame from my place
      I'm walking with my head lowered from my race
      Yes it's easy to blame everything on the west
      When in fact all focus should be on ourselves

      We were told what to buy and we'd bought
      We went to London, Paris and
      We made show we were seen in the most exlusive shops
      Yes we felt so very satisfied

      We felt our money gave us infinite power
      We forgot to teach our children about history and honor
      We didn't have any time to lose
      When we were.. (were)
      So busy feeling so satisfied

      I'm walking with my head lowered in shame from my place
      I'm walking with my head lowered from my race
      Yes it's easy to blame everything on the west
      When in fact all focus should be on ourselves

      We became the visuals without a soul
      despite the heat
      Our homes felt so empty and cold
      To fill the emptiness
      We bought and bought
      Maybe all the fancy cars
      And bling will make us feel satisfied

      My dear brother and sister
      It's time to change inside
      Open your eyes
      Don't throw away what's right aside
      Before the day comes
      When there's nowhere to run and hide
      Now ask yourself 'cause Allah's watching you

      Is He satisfied?
      Is Allah satisfied?
      Is Allah satisfied?
      Is Allah satisfied?

      Oh..I'm walking with my head lowered in shame from my place
      I'm walking with my head lowered from my race
      Yes it's easy to blame everything on the west
      When in fact all focus should be on ourselves

      Flu vs. Cold

      "I'm having cold~" or "I'm having flu~!"

      Ehm... ini adalah dua perkataan yang berbeza okay? Kalau anda ada flu, A.W.A.S yer sebab memang bebeza sangat. Adik Ann kata (seorang bakal doctor yang telah perbetulkan post Ann di Facebook) kalau anda kata anda flu, itu dah macam terkena virus selsema burung or H1N1. Tetapi cold mungkin akan boleh berubah menjadi flu... So, watch out you, guys! This is serious matter. Anda boleh check information tentang flu disini yer... PREVENTION IS BETTER THAN CURE...

      Rasulullah s.a.w. bersabda, "Setiap penyakit ada ubat penawarnya dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah." - maksud hadis riwayat Muslim.

      Kasih Sayang Si Bulan Jun

      As usual, entry tetap setiap bulan yer... Kali ni meraikan si bulan Jun... Buat adikku, Aziq (13 Jun), semoga dimurahkan rezeki dan panjang umur... Begitu juga buat anda~! Happy Birthday to you...

      - Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
      - Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
      - Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
      - Cerewet dalam hubungan.
      - Selalu beremosi.
      - Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
      - Cepat rasa bosan dalam percintaan.
      - Kurang yakin dalam perhubungan.
      - Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
      - Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
      - Dahagakan pujian dari pasangan.
      - Pasangan Ideal: Lahir bulan 1,3,5,8.

      Koc Wanita Pertama Di Malaysia

      Setelah sekian lama terperap dalam UIA yang ku cintai ini, juga setelah hampir 4 minggu struggle dengan test (tensy, tensy dan tensy!), dapatlah jugak Ann keluar mengambil angin sambil cuci mata (syarat wajib... hehe *gelak jahat*). Kebetulan juga member Ann ajak Ann keluar coz nak pass barang. nak pergi ke MidValley kenalah naik komuter dari station KL. Yang member Ann ni dok sibuk cakap pasal koc wanita or ladies coach. Then, banyak kali buat announcement pasal koc wanita. Ann pulak tak dapat bayangkan macam mana koc wanita dihiasi. Masa pergi memang tak perasan coz amik koc yang paling last. So, memang tak perasanlah.

      Nak dijadikan cerita, Ann dapat tau koc wanita macam mana bila nak balik dari MidValley... Dikala tengah sesak-sesak orang nak masuk train, Ann dan member Ann tu terperasan something yang lain pada koc ni... Ada banyak sticker yang menunjukkan koc wanita. Member ni lelaki. dan sambil berbisik kat Ann, "Entah-entah ni koc wanita kot..." (dengan nada kurang selesa). Then ada seorang girl yang mungkin terdengar perbualan kitorang, hanya tersenyum jer. Patut bagi tau ke pe ke. Ni tak,,, senyap-senyap jer... Sampai next station, member Ann tukar ke koc lain dan kami berpisah untuk sementara. Tapi yang tak sedapnya ada aunty tu sound member Ann. Agak kuatlah coz rasanya 1 koc boleh dengar. Pity him... Tak pasal-pasal jer. Mungkin aunty tu dah biasa tapi tak bolehlah nak sound kuat-kuat. Malu ler... Tak check, tak bertanya, tapi nak sound kuat-kuat.


      Disini (klik sini) ada info tentang koc wanita. Boleh rujuk disitu. Cuma Ann rasa 1 koc wanita tu patut diwarnakan pink or diletakkan di koc paling depan or belakang. Then, tak semua station ada anoouncement about koc wanita. Kadang-kala orang terlupa (yang sengaja buat-buat lupa, memang patut kena sekeh dan lain kira okay?) dan bukan semua station juga letak tiang penanda koc wanita. Finally (dah macam tulis essay jer), kadang-kala penumpang di koc wanita pula tak boleh salahkan penumpang lelaki yang "tersesat" dalam koc wanita. Kalau dia buat apa-apa, kan ramai jer yang boleh back up dalam tu... Macam kes member Ann tadi, dia memang terlupa dan masa masuk koc memang tak nampak coz orang berebut nak masuk train.

      Moral of the story... lepas ni berhati-hati apabila menggunakan perkhidmatan koc special case ni... Sila baca keratan akhbar yang link disini... Pada masa yang sama, Ann bukan nak protect member Ann tapi Ann rasa biar bertempat la kalau nak sound pun. Bukan semua orang tau pasal ni. Contohnya Ann sendiri, coz Ann jarang baca suratkhabar or tengok berita (salah sendiri ma... I admit my fault!). So, don't be sooo judgemental ya'!

      Jun 3, 2010

      I'm back, baby!

      Dah dekat sebulan tak balik rumah ni... Busy with a lots of things. Blog pun tak sempat nak update. Final exam for this short semester also is coming soon. About  weeks more. So, work smart! Hard? Hm... maybe...hehe. Need to refresh before start to write new entry ^_^