Jun 29, 2010

Tips mengorek rahsia orang

Hmm... baca topic tu pun semacam jer kan? Tapi mungkin berguna untuk korang semua. Kalau tak menjadi or tak berguna pun tak apalah kan... Ann dapat ilham title entry tu bila ada seorang member ni yang tak paham entry Ann yang ini (klik disini). Sebenarnya bukan itu niatnya (nak korek rahsia orang) tapi sebenarnya lebih kepada nak bantu orang yang ada masalah. FYI, member ni budak science. So, dia kata dia mana paham sangat ayat yang berjela-jela ni (ada kebenarannya kot ~_~) dan dia kat dia paham direct point jer. Lepas tu barulah Ann teringat yang bukan semua orang boleh memahami apa yang ditulis oleh Ann. Ann ni kira Art stream dan dia pulak Science stream. Manalah sama. Huhu. *merepek kejap*. Ann menggunakan teknik-teknik seorang kaunselor yang nak tau masalh client. Semuanya belajar masa amik subject Counseling Lab 1. So, mari kita buat synthesis entry ini:

  • Seorang kaunselor perlu ada rasa empathy. Maksudnya bersungguh-sungguh nak dengar masalah orang. Dengan IKHLAS yer...
  • Kita boleh ceritakan tentang pengalaman kita yang lalu kat kawan kita yang ada masalah tu. TAPI jangan bercerita banyak sangat. Cukuplah sekadar yang menunjukkan yang kita ni sangat-sangat memahami dirinya.
  • Banyak mendengar dari bercakap a.k.a lend your ears to him/her.
  • Jangan bagi advice kat kawan kita tu. Sebaliknya tanya balik pendapat kawan tu.
  • Semasa kawan tu bercakap, jangan potong cakapnya. Dengar sambil cakap "oh! ye... uh-hu... hmm.." dan sebagainya.
  • SHOCK PROOF - apa-apa cerita yang diceritakan, jangan buat muka terkejut. Just relax walaupun dalam hati cam tak leh nak terima.
  • Last but not least (additional info), JANGAN BOCORKAN RAHSIA ORANG! IT IS A BIG MISTAKE!
So, itulah antaranya yang Ann dapat bagi tau. Kalau nak tau lagi, rajin-rajinlah bertanya yer ^_^


5 comments:

AISHA SAAD said...

pewit!
nice.
aku dah lupa dah semua nihh.
bleh buat refernce later on!

kita sama kelas ke?
mdm azmah kann?

diriku said...

he2..tanx 4 d tips =]

Miss Ann ~♥ said...

aisha: jgn lpe cz sgt2 bguna..hehe yup..sm class..mdm azmah ^_^

diriku: sm2..next time leh la praktik kan..hehe

kalam said...

fuhhh korek rahsia ? bahaya ni

nadia said...

bagus la aplikasikn apa yg di belajar. okey, kena ingat balik segala benda ni sbb naik sem ni nak masuk group counselling plak. meh kita mula study balik :)