Jun 4, 2010

Koc Wanita Pertama Di Malaysia

Setelah sekian lama terperap dalam UIA yang ku cintai ini, juga setelah hampir 4 minggu struggle dengan test (tensy, tensy dan tensy!), dapatlah jugak Ann keluar mengambil angin sambil cuci mata (syarat wajib... hehe *gelak jahat*). Kebetulan juga member Ann ajak Ann keluar coz nak pass barang. nak pergi ke MidValley kenalah naik komuter dari station KL. Yang member Ann ni dok sibuk cakap pasal koc wanita or ladies coach. Then, banyak kali buat announcement pasal koc wanita. Ann pulak tak dapat bayangkan macam mana koc wanita dihiasi. Masa pergi memang tak perasan coz amik koc yang paling last. So, memang tak perasanlah.

Nak dijadikan cerita, Ann dapat tau koc wanita macam mana bila nak balik dari MidValley... Dikala tengah sesak-sesak orang nak masuk train, Ann dan member Ann tu terperasan something yang lain pada koc ni... Ada banyak sticker yang menunjukkan koc wanita. Member ni lelaki. dan sambil berbisik kat Ann, "Entah-entah ni koc wanita kot..." (dengan nada kurang selesa). Then ada seorang girl yang mungkin terdengar perbualan kitorang, hanya tersenyum jer. Patut bagi tau ke pe ke. Ni tak,,, senyap-senyap jer... Sampai next station, member Ann tukar ke koc lain dan kami berpisah untuk sementara. Tapi yang tak sedapnya ada aunty tu sound member Ann. Agak kuatlah coz rasanya 1 koc boleh dengar. Pity him... Tak pasal-pasal jer. Mungkin aunty tu dah biasa tapi tak bolehlah nak sound kuat-kuat. Malu ler... Tak check, tak bertanya, tapi nak sound kuat-kuat.


Disini (klik sini) ada info tentang koc wanita. Boleh rujuk disitu. Cuma Ann rasa 1 koc wanita tu patut diwarnakan pink or diletakkan di koc paling depan or belakang. Then, tak semua station ada anoouncement about koc wanita. Kadang-kala orang terlupa (yang sengaja buat-buat lupa, memang patut kena sekeh dan lain kira okay?) dan bukan semua station juga letak tiang penanda koc wanita. Finally (dah macam tulis essay jer), kadang-kala penumpang di koc wanita pula tak boleh salahkan penumpang lelaki yang "tersesat" dalam koc wanita. Kalau dia buat apa-apa, kan ramai jer yang boleh back up dalam tu... Macam kes member Ann tadi, dia memang terlupa dan masa masuk koc memang tak nampak coz orang berebut nak masuk train.

Moral of the story... lepas ni berhati-hati apabila menggunakan perkhidmatan koc special case ni... Sila baca keratan akhbar yang link disini... Pada masa yang sama, Ann bukan nak protect member Ann tapi Ann rasa biar bertempat la kalau nak sound pun. Bukan semua orang tau pasal ni. Contohnya Ann sendiri, coz Ann jarang baca suratkhabar or tengok berita (salah sendiri ma... I admit my fault!). So, don't be sooo judgemental ya'!

2 comments:

kalam said...

hahahah btul btul teringat masa kalam kt genting dulu termasuk tandas wanita sebab mmber ni x ckp pun nk masuk tandas

Miss Ann ~♥ said...

kdg2 bila dh tsilap wat kte lbh bhati2...huhu