Jun 16, 2010

Kampung kat mana?

Ann baru jer balik dari pasar malam kat UIA ni. As usual beli agak banyak. Mungkin dah lama tak singgah pasar malam. Dah nak habis sem barulah ada peluang nak gi sana. Nasib ada Cik Nad yang boleh temankan. hehe... Then, balik ingat nak tunggu jer shuttle bas UIA. Jauh nak jalan kaki. Mau pengsan kalau nak berjalan balik. Cik Nad pula nak jugak balik jalan kaki (kolej kami tak sama). So, okay jer. Tinggallah Ann tunggu bas dengan orang-orang yang kat situ. Dah lama-lama, ada sorang akak ni offer naik cab sama-sama. So, okay jelah dari tunggu lama-lama dan keseorangan nanti. Cerita pun bermula semasa naik cab...

Pakcik Cab: Kamu ni kampung kat mana? (tanya akak yang dok depan)
Kakak A: Orang Kelantan
Pakcik Cab: Kamu pula? (tanya kat Ann)
Ann: Err... Selayang
Pakcik Cab: Yang sorang lagi? (tanya kat akak sebelah Ann)
Kakak B: Kelantan

Then...
Pakcik Cab: Ha! yang dari Kelantan ni bagus mengaku kampung. Yang dari Selayang ni tak bagus sebab tak mengaku ada kampung.
Ann: (diam sambil senyum jer tapi dalam hati cakap. 'adeh! pakcik ni tak sayang mulut agaknya')
Pakcik Cab: (sambung lagi) Mungkin kampung mak bapak dia jer...

Tak sempat nak habis ayat, cab pun dah sampai. Fuh!! Lega betul. Panas jugak dok dalam cab tu... Suka-suka hati jer tadi. Nak jer menjawab tapi nasib dia pakcik. Layan ajer la... Kalaulah Ann menjawab tadi, mau panjang lebar Ann explain. Mungkin Ann akan explain begini...

"Saya cakap saya orang Selayang sebab saya dah l7 tahun tinggal kat Selayang. Then, dalam surat beranak, saya lahir kat KL. Ayah saya memang orang asal Klang. So, memang ada kampung kat sana. Ibu saya pula lahir kat Terengganu tapi dah pindah kat Perak. Atuk saya memang orang Perak yang kahwin dengan opah saya yang asal dari Terengganu. So, saya jugak ada kampung kat Terengganu dan Perak. Tapi Terengganu tu jarang balik. So, balik kat Perak. Saya dah lama menetap kat KL. Membesar dan bersekolah kat KL. Sekarang ni ada banyak pilihan. Pakcik nak kampung saya yang mana 1?"

Jawapan part last tu mungkin cam not proper to ask tapi panas jugak bila pakcik tu cakap ikut sedap mulut. Seumur hidup, Ann tak pernah dipersoal macan tu. Kalau masa sekolah dulu-dulu, kawan-kawan hanya tanya, "Raya ni ko balik kampung mana?" So, macam okay jer, nak-nak bagi budak-budak yang memang asal KL. Diorang akan ada at least 2 kampung. Tapi cara pakcik tu cakap cam pelik jer and for me not proper even dia sekadar nak berlawak. Anyway, I don't mind which "kampung" I belong to. At least Ann ada tempat untuk beraya, jumpa sedara-mara dan tau asal-usul. Am I correct? (tak sedih pun cuma annoying pakcik yang tanya salah soalan... -_-)

4 comments:

Unknown said...

btul tu dier tanyer asal org mner so if miss Ann lhir kt selayang of coz asal selayang btul dah jawapan tu coz situ tempt tumph darah miss Ann

Anonymous said...

he3 sampai tag link kat fb..ingt ker pasal aper..upenye 'mengomel'..he3..~ fauzihan

nadia said...

hehehe...selayang pun kira kmpg gak la. pelik ke kalau kampg kat KL. huhuhu...pak cik tu yg narrow minded. opss...sori pak cik.

kampung saya kat penang. meh la melawat saya kat sana.

p/s: awk jgn sedih ok. nnt klu awk dah kawen, ada ank, balik raya mesti akn balik selayang kn. hehehe....dah tu mmg kmpg awk.
opsss...apa yg sy melalut ni.

kadri azmi said...

saya kampung air baruk jasin melaka hehhehe...

FOOTBALL FRENZY AT KLIA AND LCCT