Dec 21, 2011

Visit a Doctor

Doctor: Ye... kenapa?
Aku: Saya demam sekali dengan complete set. *senyum yang tak mampu nak senyum*
Doctor: Oo... Meh check ye...

(Sesi check menge-check berlangsung)

Doctor: *Letak temperature kat dahiku* 
Aku: *Duduk diam-diam*
Doctor: *Tiba-tiba dia bercakap...* Alo~~ demam... (with empathy faces)
Aku: Err...
Doctor: Mek check tekak eh... Buka mulut~
Aku: *Layankan aje...*
Doctor: Alo~~ memang demam lah...
Aku: Err... *confuse*

*Patutnya siapa yang kena kata gitu eh? Confuse. 

p/s: Mengomel setelah kembali aktif sedikit. Malam karang siaplah berselimut. Huhu~

My Precious Words~ In or Out?

"Sometimes I want to be INSIDE of hat because I did many mistakes BUT sometimes I want to be OUTSIDE the hat and wear it on top of my head because I feel proud of myself"

Wise people says...

2 days will be the BEST of you...
and the 5 days will be the WORST of you...


~ Quoted from Dr. Haniza Rais in Marriage in Counselling class ~

Dec 20, 2011

Kekurangan...

Hye peeps~! *coughing*
Opss~! Sorry...
Demam melanda selepas program.
Bila buka comment, hati meluap-luap.
Ada seseorang yang komen kat blog I ni. 
I tau siapa dia.
Minggu lepas sebelum program, dia buat I panas hati dan sampai hari ni I kalau boleh tak nak tengok muka dia.
Geram. 
Tapi tak benci.

Mulutnya banyak mengomel.
Ini kurang, itu tak cantik, yang itu tak sesuai dan macam-macam.
Mungkin dia mengomel untuk menutup rasa tidak puas hati yang mungkin dia tidak dapat apa yang I dapat.
Mungkin dia jealous.
Mungkin juga sebab dia tak boleh bersama-sama dengan I dalam 1 course yang sama.
Itu interpretation I.
Atau mungkin cara dia melepaskan geram pada I disebabkan sesuatu.
Tapi memang itu sebenarnya dia...

4 tahun berlalu...
Dah masak dengan perangai dia.
Tapi I pun manusia.
Tak baik kan kalau buat orang lain terasa dan marah-marah?
Macam Kak Aziah kata pada I, "Si Dia yang tak reti nak coping situasi yang kena dia hadapi dan lalu dilemparkan pada I" *lebih kuranglah ayat Kak Aziah. Hehe*
Dia yang bersalah pada awalnya.
Meletakkan "pra-syarat" yang akhirnya memakan diri sendiri.
Berbaloikah I dimarahi?

Okay.
Harap dia baca entry ni.
Sekian.
Terima kasih.

Dec 17, 2011

Last moment...

Hye peeps!
Dah pukul 6 pun...
Korang buat apa je ye?
I sekadar dok kat surau ber FB dengan Cik Nad.
Hari yang mau berehat-rehat.
Semalam habis pulun sakan dan memerah tenaga dengan berprogram.
Hasilnya? Alhamdulillah, selesai jua.
Pengalaman yang menarik lagi thrill.
Bukan sekadar program biasa.
Memuji atau mengutuk?
Biarlah yang berprogram je tahu...

Hmm... minggu depan adalah minggu terakhir berkuliah.
Minggu terakhir juga nak merasa life as a counselling student. 
Semester depan tiada lagi berkuliah.
Insha'allah...
Tiada lagi perlu datang lambat ke kelas.
Tiada lagi pening nak pikir nak pakai baju apa.
Tidak perlu lagi berkejar ke kelas dari mahallah ke kuliyyah.
Tidak perlu set masa 15 min berjalan kaki untuk ke kelas.
Tiada lagi tertidur dalam kelas.
Dan tiada lagi segala-galanya yang berkaitan.
I will miss those moment...

I sedang merasa sesuatu walaupun assignment masih lagi berbakul-bakul.
Selepas ni, real world of work will 'invite' me to join.
Same with those with me.
Gonna miss all those stuff...
But at the same time hoping I did my very best while in here...
Pray for me...

Dec 12, 2011

24 jam...

Hye peeps~!
Rindukan I tak? teehee~
Lama benar tak update sangat tapi rajin pulak update "wise people says..."
Lately I'm into this stuff.
Ni pun kebetulan nak menaip banyak-banyak.

Busy dengan perkara-perkara yang kurang (sket) berfaedah.
Minggu lepas berkampung 3 hari di UKM dan 2 hari lepas berada di UPM.
Berkonvensyen dan berseminar.
I malas nak upload pictures.
Kat UPM I tak sempat pula nak bergambar walaupun tenang je seminar tu.

Well, terkena pulak "Final Year Syndrome", makanya kemalasan melanda.
Dah berapa minggu juga dah tak balik ke rumah 'melawat' ayah dan bonda.
Kalau balik pun sebab nak temankan adik je.
Tanggungjawab seorang kakak dan anak

Semalam I keluar bershopping.
Dan tiba-tiba ayahanda call.
Perbualannya macam ni:

Ayah: Ha... kat mana ni?
I: Kat Masjid India.
Ayah: Dengan siapa?
I: Mr. P.
Ayah: Ha... minggu lepas jumpa. Semalam jumpa. Hari ni pun jumpa? 24 jam jumpa.
I: Hari tu bagi barang je (buat muka. nasib tak nampak)
Ayah: Bila nak kahwin ni?
I: *silence* (dengar ibunda gelak-gelak)

Hm... belum pun sampai 24 jam I jumpa Mr. P. 
Hantar barang pun tak sampai sejam. 
Ada pulak tak sampai pun 15 saat.
I lontarkan soalan tu pada Mr. P.
Dia gelak-gelak je.
Hm... tak patut betul!
*tak marah. cuma geram*

Bila I nak kahwin ye?

Wise people says...

Abaikan kata-kata orang lain...
Takkan berkudis pun...

~ Dipetik dari kata-kata seorang Hamba Allah ~

Dec 6, 2011

Wise people says...

Ibu pernah berkata:
"Carilah gadis ceria yang kan buat kau bahagia hingga ke hari tua. Walau dikau tak kaya, walau tinggal kau di gua, walau kau tak berkereta denganmu tetap setia."

p/s: Masih adakah gadis yang begitu? ^_^

- Taken from: Abang Razzee Abdul Razzaq -

Nov 27, 2011

Wise people says...

I have question for you to answer...


What is the biggest room that you ever seen?

Nov 19, 2011

Hye peeps!
Dah lunch? Hm... jangan tak lunch. Nanti gastrik.
I takmo bertanggungjawab. Hehe.
Okeh! I dah post entry ni kat blogshop I~
So, kali ni nak buat versi BukuPurple plak.
I nak kenalkan kepada you ahli-ahli baru I.
Diorang ni malu-malu sket tapi realitinya tak pun.
Hehe...

PROFILE

1) Mr. Lion Heart

Ini ala-ala cerita Beauty and the Beast. Tapi Beast dia comel sket. Tak garang tau~
Mengaum macam kucing je. Hehe


2) Lady In Red

Nama sebenar: Little Red Riding Hood.
Dia dah upgrade tak nak pakai hood. Hehe

3) Si Pipi Merah

Ala-ala budak kampung ^_^

4) Keluarga Bahagia

Ni ala-ala my ideal future family. Ngee~



Nov 18, 2011

Wise people says...

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dikalangan kamu.
Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. 
Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan"

~ Quoted from Ustaz Azhar Idris *Taken from Ghufran. Credit to him* ~

Wise people says...

"Sometimes, I would like to help You.
But I need help too..."

~ Quoted from Dr. Haniza Rais ~

Nov 14, 2011

Hiasan

Hye peeps!
Ni sekadar nak post entry je...
Gambar ni sudah cukup membuatkan I lapar ^_^

Sedap tak?

Nov 11, 2011

11... 11... and another 11...

Hye peeps!
I baru je balik dari Ipoh~
Tak penat sangat tapi berdebar-debar sebab first time naik ETS *meh klik sini*
Sakit jantung jugak sebab banyak momokan dari my mum dan sedara-mara.
Tapi yang penting selamat sampai ^_^

*BF kecik. Tee hee~*

*Menikmati perkhidmatan ETS yang penyebab penyakit jantung*

Dan berakhir juga di station Rawang~

Owh! Terlupa pulak... 
Hari ni ada tarikh yang cantik. Jumaat pulak tu...
Kalau ikutkan kawan sorang ni, katanya nak menikah.
I wonder how she is right now~ Hehe...

Tapi pada I, siang tadi bila terpandang dua benda ni, sebak rasa hati...



Pemiliknya tidak kembali lagi...

Sedekahkan padanya Al-Fatihah~

Nov 9, 2011

Homework T_T

Hye peeps!
Malam ni I dah nak berangkat ke Ipoh. Naik train. *Yippie!! - keriangan berganda*
Berangkatnya pukul 11 malam karang. My mum berpesan jangan tido sebab karang tersasul ke Butterworth.
Tersasal, nanti I call aje Cik Nad. Hehe

Before I balik, I kena siapkan or sekurang-kurangnya start buat homework.
*bukan keriangan berganda lagi T_T*
Kena siapkan tempahan orang...


Bila dah siap, akan jadi begini...


OR


sama dengan...

*model pilihan minggu ini...*

Juga assignment...
Banyak sebenarnya tapi I suka yang ini...


yang berkaitan dengan ini...

*sila JANGAN komen sebab seni itu abstrak. tee hee~*

Hm... itulah antaranya.
Sebelum bercuti DALAM bercuti, sulam dengan banyak kerja.
Berblogging juga dikira bekerja ^_^

ANDA PUN DAH SIAP KE KERJA?! 
^_^

Oct 27, 2011

Weekdays on Weekdays

Hye peeps!
I'm bored but happy. Ye ke? Hehe. Sambil menunggu Dr. datang. Nak masuk kelas. 
Masing-masing dok tension memikirkan banyak perkara. Tak apa. Enjoy je.
^_^

Hari ni Cik Tikah kata I ni ala-ala "kemelayuaan" sket. Aish! Celah mana? 
Selama ni I nampak macam orang Jepun ke? Hehe.
Hari ni kan hari Khamis. Kat sekolah kan pakai batik...
Huhu. 

Tang mana nampak Melayu? Bukan selama ni Melayu ke?
Hehe.

Juga membber-member I dah macam separuh kegilaan dengan program masing-masing. 
Muka kekusutan. Huhu.

Budak ni tak sah kalau tak senyum. Tapi dalam hati kusut. 
Hehe.

Ni ex-President yang EXTRA bajet + dilamun cinta.
Hehe. *habis aku lepas ni kalau dia baca entry ni*

Mengisi borang nak menikah.
Eh! Bukan. Borang nak gi interview kaunselor sekolah. Hehe.

Juga bersama...

Cik Tikah dan Cik Ruham.
*pantang cakap nak amik gambaq*

But the best things was yesterday...
Meet someone...
A place...
Just love it~

*before its raining...*

And get something...
A surprise...

Something that called as THERAPY~

I do hope I'll get more and more...
*demanding! hehe*

Oct 15, 2011

Busy?

Hye peeps!
Busy? Yup! Pening? Definately! Banyak kerja? Of course!
Lately busy jugak nak update blog. Letih jugak bila ada 2 babies. Tapi dah update kat blog Garden Of Crafts.
And the best part?

TUKAR HEADER dan DAPAT DOODLE!
Thanks to Cik Ninie ^_^


Dan...

Love it~!

Oct 7, 2011

Play Therapy @ USIM

Hye peeps!
Lama betul tak update blog ni. Busy sangat~ *iyolah tu!* ^_^
Lappy pun dah berabuk sebab lama dah tak buka. Ni sementara dapat online, maka jari-jemari ni dok sibuk menaip. Hehe.

Sejak I balik dari USIM minggu lepas, hari-hari dok cakap gaya ala-ala budak yang annoying. Mempraktikkan skil-skil asas Play Therapy. Hehe. Lalu, kami juga sudah jadi annoying juga dok tracking apa yang orang cakap. Hehe. Tapi I tak nak cakap banyak tentang apa yang kami belajar sebab payah nak explain...

Sorang lagi tak ada sebab gi melantak kot... Hehe

Makanya, in the end of the seminar, I lebih inspired nak jadi PLAY THERAPIST bila I dapat sambung Master nanti. Insha'allah, 5 tahun lagi I sambung ^_^

Dan I nak jadi macam Kak Ku~ Dia bakal Play Therapist ^_^

Sep 24, 2011

Awkwardness

Hye peeps!
I baru balik dari kenduri. Kenduri malam? Yup! Kenduri doa selamat. Jiran nak berangkat ke Tanah Suci Mekah. Semoga dapat haji yang mabrur ^_^

Tadi juga I berborak dengan Cikgu yang mengajar I masa sekolah rendah. 6 Semarak. Merangkap jiran I. Tiba-tiba dia tanya...

Cikgu: Awak nanti mengajar kat mana?
I: Oo... tahun depan baru gi mengajar, cikgu. Belum habis lagi.
Cikgu: O.o... baru praktikal la ni...

Reason for this conversation - I rasa awkward sebab cikgu bertanya kepada seorang bakal cikgu. Lepas ni I jadi lagi confuse kot. Hehe.

Then, I dapat news. Jiran I nak bertunang. Besar-besaran. ^_^ Okay. Wish depa kekal hingga ke jinjang pelamin ^_^. And me? Wallahualam...

Another news *just read from FB*. My ex-classmate is engaged. Congrats Lydia Chew and Edwin! And her twins, Esther Chew? When is your turn? *wink!*
*I wish mine will be like this. Sooooo sweet~*

Sep 18, 2011

My Day

Hi peeps!
Hujan hari ni. Sejuk je. Tenang hati nak menjahit untuk my CF~


Tapi semalam lagi best. Shopping! Tapi I tak guna duit PTPTN. Guna duit raya. Hehe. Apa-apa pun thanks to Mr. Petani Moden sebab temankan I bershopping sambil buat sesi yang tak munasabah. Nak beli barang pun sempat bersesi sebab tak tau nak pilih mana satu. Agaknya dia pun pening. Hehe. Maaflah ye~ Hehe. Tapi dia lagi dashyat sebab bila nampak harga barang murah, dia jadi tak keruan sebab banyak sangat yang BOLEH dibeli. Hehe.

Anyway, thanks gain to you Mr. Petani Moden ^_^


Okay. Nak packing balik UIA. Nak angkut balik semua masalah yang I tinggalkan kat depan pintu rumah Jumaat lepas *sigh*

Sep 17, 2011

Pocketful of Sunshine

Just love this after watch Easy A movie~
By Natasha Bedingfield. (watch her version here!)..

I got a pocket, got a pocketful of sunshine
I got a love and I know that it's all mine, oh, oh oh oh
Do what you want but you're never gonna break me
Sticks and stones are never gonna shake me, oh, oh oh oh

Take me away, a secret place
A sweet escape, take me away
Take me away to better days
Take me away, a hiding place

I got a pocket, got a pocketful of sunshine
I got a love and I know that it's all mine, oh, oh oh oh
Do what you want but you're never gonna break me
Sticks and stones are never gonna shake me, oh, oh oh oh

I got a pocket, got a pocketful of sunshine
I got a love and I know that it's all mine, oh, oh oh oh
Wish that you could but you ain't gonna own me
Do anything you can to control me, oh, oh no

Take me away, a secret place
A sweet escape, take me away
Take me away to better days
Take me away, a hiding place

There's a place that I go that nobody knows
Where the rivers flow and I call it home
And there's no more lies in the darkness there's light
And nobody cries, there's only butterflies

Take me away, a secret place
A sweet escape, take me away
Take me away to better days
Take me away, a hiding place

Take me away, a secret place
A sweet escape, take me away
Take me away to better days
Take me away, a hiding place

Take me away
(I got a pocket, got a pocketful of sunshine)
A secret place
(I got a love and I know that it's all mine)
To better days take me away
Take me away
(I got a pocket, got a pocketful of sunshine)
A secret place
(I got a love and I know that it's all mine)
Take me away, a hiding place

The sun is on my side and takes me for a ride
I smile up to the sky, I know I'll be alright
The sun is on my side and takes me for a ride
I smile up to the sky, I know I'll be alright

Sep 16, 2011

Penyakit Mental


Hi peeps!
Entry kali ni takmo sedih-sedih. I dah tinggalkan semua masalah kat pintu rumah I. Finally, home sweet home. Like my mum said, cuti-cuti kat rumah ni tak payah fikir sangat. Hari Ahad nanti baru "kutip" balik masalah yang I tinggal kat depan rumah tadi.

Sepanjang hari juga I habiskan masa dengan kerja-kerja suri rumahtangga. Malam-malam, start menjahit tempahan-tempahan. Ada customer yang bertanya-tanya dah. Hehe. Maaflah yer~ Ada kebaikan juga hobi menjahit craft ni sebab I nak release tension. Macam therapy. Hanya fikir tentang nak menjahit yang terbaik untuk customer.

Esok? Planning nak keluar cuci mata. Cuci mata pun kat PWTC je. Temankan someone ^_^. Ada pameran pertanian rasanya. Layankan aje walaupun bukan bidang I. Hehe. Janji I keluar dan my parents tau. Kalau sempat shopping jam, lagi bagus. Therapy jugak tu. Hehe. I memerlukan jam yang tahan lasak. Jam I yang I pakai sejak tingkatan 3 dulu, baru je rosak kat tali jam, awal tahun ni. Malas nak ganti tali. Terus beli yang baru. Sayang sebenarnya tapi I tak akan buang. Kumpul duit lagi nanti I ganti tali jam tu. Alhamdulillah ada rezeki lebih untuk tahun ni. Moga-moga murah rezeki lagi, boleh I beli emas seketul. Hehe. Tak tipu tau walaupun gayanya macam tak congruent sebab I dok gelak tadi. ^_^

So, mau sambung menjahit. Tak siap, sambung aje esok. I rabun sket nak jahit malam-malam ni. Hehe. So, see ya' then ^_^

Sep 15, 2011

Sacrifice

Hi peeps!
Today still not in the mood for everything. The issues still arise *just like in previous entry* and we still strive for it. Until we unable to make into reality.

Tapi kan... bila dah final ni, dugaannya lagi besar nampaknya. So much tears and pain. Have to bear with it. Dulu-dulu, kami sentiasa dahulukan senior. Nak add subject pun pikir "biarlah lepaskan senior dulu" Tidak mengungkit cuma sekarang bila dah dapat lesen "senior besar", bila macam ni, tak ada pun sesiapa nak tolong kami. How pathetic! Mungkin terlalu mengharap. Tapi asalnya taknak kacau orang lain jugak. Sepatutnya dah final ni, kehidupan lagi kurang dugaan. Lebih relaks. Tapi ni...? Sabar jelah...

Apa-apa pun, thanks to Cik Nad sebab nak menangis sama-sama. Cik Saidah yang tak nak tinggalkan I keseorangan. Cik Ruham yang sabar dan memahami *sebab kes kita berdua macam sama je sebenarnya. huhu*. Mr. B yang kalau boleh tak nak I keseorangan kat kelas Method Teaching 2 with Prof Rosnani *sangat sedih sebenarnya bila kena 'campak' sorang-sorang. Cik Hana yang sanggup mendengar dan comfort me bila I menangis kat depan orang ramai *bila teringat balik, ish! baru perasan malu. hehe*. Cik Tikah yang nak tolong buat Independent Study untuk Arab. Cik Yati yang tahan telinga dok dengar I mengomel hari-hari kat bilik dia.
Dan paling touching, Mr. Marizal yang cuba bantu pertahankan subjects. Sungguh tak sangka. Ada empathy disitu. Juga Luq... bersabar banyak-banyak. Usaha selagi mampu...

Special thanks to my lecturers and million SORRY because of my issues yang tak berkesudahan. Also my mum yang menjadi pendengar setia bila I jejak kaki ke dalam kereta. The others yang tak disebut? Thanks to you too...

If I have to extend, it is His choice. No matter how hard and strive, if it is not for me, than just let it be. Because He knows better. Just like my mum said, "ada hikmah disebaliknya...".

Okay. Have to stop because feel like wanna cry. Again. Hari ni belum cukup 4 hari menangis. Huhu. To my friends, just bear with me because I need you...

Sep 14, 2011

4 Years Plan

Hi peeps!
How's your day? Happy? Gloomy? Or... *could be anything*
And my day? Not so good and pleasant to know. Full of stress! This is my third day in add/drop subject. As usual, I predict it will be challenging before these days come. And it's proven!

Anyway, it is not like I don't want to share it with you but just don't know how to simplify it. Make you understand it very well. It's all about system. *sigh* But I just believe that every problems have solutions. There is a will, there is a way. Just bare in mind that He want us to think about it. Everything has hikmah...

Just like yesterday. A sudden plan with Cik Nad and Cik Iffa- out to buy some groceries. But then, have to cancel it because waited too long for a bus. Tired of waiting + will be traffic jam because it almost 5 p.m. So, paham-paham ajelah ye. So, we end up by not going. Suddenly, during on my way back to mahallah, my shoes got problem. Then, when I think about it, maybe that's the reason for "there is NO bus just now". It is just a simple matter but got hikmah...

For my current situation, if there is no solution by tomorrow, I will doom. But it's okay *I guess*. If He wanted me to extend semester, I relakan aje. Redha. It's not like pasrah semata-mata. I did many efforts to ensure that it's not going to happen. I hope that my last chance will give my smile back to me. Positive!

And hope you *the readers* will pray something good will happen tomorrow. Ameen...

So, got to go to class right now. Focusing here and now. See you later! ^_^

Sep 6, 2011

Anak Dara Pemalas

Assalamualaikum semua~
Dah lama I tak berblogging. Sibuk dengan urusan hal rumahtangga yang tak berkesudahan. Part-timer la katakan. Macam Cik Nad kata "berbakti untuk ibubapa". Cuti 2 bulan yang agak penuh. Ditambah pula dengan bulan Ramadhan dan persiapan menanti bulan Syawal. Alhamdulillah, dapat juga cuti seminggu. Sayang UIA lebih sebab 'memberi' cuti tambahan. ^_^

Selain tu, sejak habis praktikal baru-baru ni, I jadi EXTRA empathy. Mana taknya, sekarang tak boleh tengok orang susah sikit especially my mum yang kat rumah ni. Adik-adik I yang lain, typical-tradisional-Malay-man. The youngest sister, biasalah. Anak bongsu. Manja lebih. Yang kerjakan hal rumahtangga ni, harapkan my mum sorang je. Orang lelaki ni bukan tau apa. Ingat kerja-kerja kat rumah ni macamlah mudah. Senang nak uruskan. Haish! Typical minded! So, rutin harian memang pack. Dibulan puasa, tak payah cakaplah. Pagi-pagi I dah mengerjakan jahit kraf. Tu pun minggu pertama je. Hari lain, tolong my mum buat kuih. Bila pukul 4 je, ready kemas-kemas. Then, masak untuk berbuka. Malam-malam, dah flat. Alhamdulillah, sekarang ni macam dah relaks sket. Tu pun kena tolong-tolong sket buat kuih sebab ada tempahan lagi. Nak ikutkan tak sanggup dah. Huhu. Sampai la ni, ceq muak dah makan biskut. ^_^

Then, ditambah dengan bekerja keras membanting tulang di rumah Opah. Adeh! Haru~~ Dibuat pula dengan "tiada anak-anak dara yang berkelayakan" untuk bersama-sama membanting tulang. *paham-paham sendiri*. I pun tak berkelayakan juga. Maklumlah I budak bandar. Typical people said that "anak dara bandar tak reti buat kerja rumah". Tapi yang peliknya *from my observation* kan... anak dara kampung pun sama je. I assumed that they are much expert bila menguruskan hal rumahtangga. Ada yang lagi teruk pun ada. So, lelaki-lelaki diluar sana, jangan ingat anak dara bandar tak reti buat kerja yer~ Juga I kurang gemar typical-tradisional-Malay-man. Bukan tak suka. Cuma kurang gemar. Harap maklum ^_^.

Sekarang, selepas terlebih buat kerja, I demam. Sekarang bertemankan hot porridge. Minum kopi pun payau T_T *help~*

Tak terlambat kan nak ucap "Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin~"

Aug 22, 2011

Half Day with My BFF

Assalamualaikum~
Dah berbuka? Kenyang tak? ^_^ Okay. I nak terus ke cerita yang sepatutnya. Last Saturday I hangout dengan Cik Pae. Mak, kakak dan anak-anak buah dia pun ada. I okay je sebab dah biasa keluar dengan family dia pun kadang-kala. Keluar dari pukul 2 petang sampailah 10 malam. Layankan aje bila depa ni dok sibuk-sibuk cari barang. I pun tumpang sekaki. Hehe. 

Sambil depa dok sakan shopping, I pun beli-belah barang-barang yang mungkin tak sepatutnya beli kot. Hehe *maybe*. I beli...

Baby Pin. Comel. 

Cekak Rambut. Beli 3 RM10. Satu lagi bagi my mum.

So, bila malam menjelma, area jalan TAR lagi sibuk. Balik pukul 10 malam pun, nampak kenderaan masih banyak menghala ke KL. Bershopping waktu malam. Lagi sesak. Siang dahlah panas dan sesak. Bila malam, lagi la...

Pemandangan selepas berbuka. Macam sayu je sebab masing-masing berbuka dimana-mana saje. Asalkan dapat tempat duduk dan makan.

Dah berbuka, temankan Cik Pae shopping lagi. Best walaupun mengantuk. ^_^

Tak ketinggalan, bershopping air mata kucing. Hehe.

Dan pemandangan yang paling best and I WISH I have one...

Lucky Star namanya. Kalau letak dalam bilik, boleh jadikan koleksi dinding bilik. Koleksi "Pemandangan Di Dalam Bilik Dikala Lampu Padam - Glow in the dark". Tapi mahal. RM30++

I want one!

Aug 19, 2011

In Relationship #1

Okay. This is just based on my experiences. Not SO expert. But at least helps you (tak kisahlah married or just in relationship couple) to bare in mind that in relationship, there have boundaries. *for girls, especially ya'*

So, let's have a look for the first one.

Jangan Terlalu Jujur.
Nak jadi goody-goody person? Jujur pada si dia? NEVER DO THAT. It's a CRIME, okay?
Sebab? Jom baca situasi ni... *jangan baca kalau tak sanggup ^_^*

Cerita 1

Adik Manis: Hubby...
Lelaki Macho: Yer sayang...
Adik Manis: Sayang nak bagi tau something ni *buat muka kesian*
Lelaki Macho: Owh! Pe dia eh? Cakap je sayang...
Adik Manis: Hubby kena janji jangan marah ye?
Lelaki Macho: Okay. Janji. Takkan marah *siap angkat tangan macam nak berikrar masa assembly*
Adik Manis: Betul ni?
Lelaki Macho: Betul sayang... Takkan nak tipu...
Adik Manis: Okay. Nak cakap ni...
Lelaki Macho: Cakap je sayang... ^dalam hati tak boleh sabar*
Adik Manis: Sebenarnya hubby dah ada madu...
Lelaki Macho: What the fish! *nada marah*

Okay. Kalau cerita ni tak menarik dan merapu, abaikan. Hehe. Yang I nak maksudkan kat sini adalah tak semua benda kita perlu JUJUR. Lebih-lebih lagi cerita dulu-dulu yang berkaitan dengan kekasih-kekasih lama. Untuk yang sekarang ni, memang perlu jujur juga tapi bertempat. Kalau kita terlalu disclose about our past, kadang-kala mungkin memakan diri sendiri. Orang yang kita sayangi tu mungkin akan cuba buat sesuatu yang dia juga ingin miliki. Atau mungkin in the end will give harm to us. Kan lebih baik kalau disimpan baik-baik je. Biarlah antara kita, past person dan Tuhan je yang tau.

Ada hadis yang menyebut,
"Barangsiapa menutup keaiban seseorang di dunia, Allah akan menutup keaiban dirinya di dunia dan di akhirat."

Wallahualam...

Aug 13, 2011

Ruzanna Rahman Yang Popular

Assalam~
Macam yang tertera, hari ni I sedikit famous. Setiap tahun, sekali je I ni jadi famous. Jenuh nak membalas dan beri komen kepada peminat-peminat I. You janganlah jelous plak sebab you pun sama jugak. Haha. Dalam facebook I, kat notifications kuar pulak yang ni...


Hm... 70++.
I suka! Muhaha *Opss! Kurang sopan*
Apa-apa pun, thanks semua sebab meluangkan masa untuk wish. XoXo *untuk girls sahaja*

Juga ramai je yang wish dalam bahasa Arab. 
Dalam BM ~ Selamat Hari Jadi. 
Dalam BI ~ Happy Birthday. 
Dalam Arab? ~ Sanah Helwah.

*Tunggu dalam bahasa German pulak ~ Herzlichen Glückwunsch zum Geburtstag*

Aug 10, 2011

Bersyukur

Morning peeps dan selamat berpuasa!
Mengantuk sebenarnya tapi gagahkan juga untuk berbelog. Tak mau bagi berhabuk Huhu. Lagi pun lepas ni DILARANG sama sekali untuk tido sebab kena tolong my mum buat kuih *adeh! liat sket ni* Anyway, I cuma nak share rasa syukur du bulan Ramadhan ni. Banyak benda dan murah rezeki juga. Happy. Taklah dapat yang terbaik dan banyak tapi sekurang-kurangnya permulaan yang baik dan pemberi semangat kepada diri sendiri juga.

Senarai rasa bersyukur:
~ Baru semalam I dapat result yang okay. Yang terbaik I dah buat. Result practicum. Bukannya dapat A bulat terus. Unexpected result. Alhamdulillah...
~ Permulaan yang baik dapat custumer for my crafts shop. Tak banyak tapi itu adalah permulaan kan? *nak tengok? *clicklah sini~*
~ Tiba-tiba dapat BE pulak. Depa bermurah hati pada I~ Tak disangka-sangka. Tak caya, boleh check sini.
~ Counting days untuk beberapa hari lagi. Takpe. Bulan Ramadhan~ Nak tau? Tunggu~ *insha'allah kalau ada umur yang panjang~*
~ Lain-lain? Nanti I senaraikan eh? Hehe

So, beginilah kehidupan seorang manusia. Kadang-kala cerah, kadang-kala mendung. Tapi ingat. Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Setiap kejadian ada hikmahnya. Juga jangan selalu menuduh orang lain. Ada juga yang menuduh Tuhan kerana diberikan bala. Haish! Apa kata kalau mulakan hari dengan senyuman dan berfikiran positif yer~!

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...

Aug 5, 2011

Penggemar Novel Suka Berangan

Opps! Sebalum darah naik, I nak cakap...
Assalamualaikum~ 
Dah makan? Err... puasa. Hehe. Jangan marah-marah ye. Baca habis entry ni dulu, baru boleh nilai eh. ^_^

Tiba-tiba dapat idea nak tulis entry ni masa cuci pinggan lepas sahur tadi. Mata mengantuk tapi taip sikit-sikit dulu. Masa dok cuci pinggan tu, I teringat member I yang sorang ni. Dia seorang penggemar fanatik novel. Eh! You ke? Hm... Bukanlah. Kan I dah kata tadi, kawan I. Dia kawan sejak sekolah lagi. Siapa? Rahsia. Shh... Hehe. Dia suka berangan. You suka berangan jugak ke? Hehe.

Member I ni memang suka gila baca novel. Koleksi? Tak payah cakaplah. Penuh bilik. Masa sekolah dulu I rajin je pinjam. Suka jugak baca novel masa sekolah dulu but not that much. The fanatic part. Hehe. Bila dah baca novel, hanyut. Berangan nak boyfriend or suami yang romantik, caring dan sebagainya *dulu. masa sekolah. okay?* Then, I stop baca (not totally) sebab I realized that I TAK AKAN DAPAT LIFE MACAM NOVEL. Not a crime to berangan but not for this friend, TOTALLY A CRIME. Sebab? Insist to have those fantasies to be applicable in reality. 

Knock! Knock! Hello! Life is not like that. Not perfect but you can make it perfect with your own way. Life has sweet, bitter, sour and salty. Sometimes we will have a happy life but not always. Those things makes our life perfect. Yang kawan ni, sampai la ni dok berangan. Umur dah tua. Memilih nak calon suami macam dalam novel. Boleh tak? Dia pun nak life macam novel. Selalu indah. Kalau ada conflict pun, sekadar sebentar sahaja. Ributnya , kilatnya, mendungnya, hujannya tak selalu hadir. But in realiti, dia sendiri tak boleh handle life dia. Bila ada masalah, always rely to others. Macam masalah tu orang lain yang punya. Bukan dia. Masalah tak boleh BEZAKAN realiti dan fantasi *kena buat Gestalt Therapy. REBT pun boleh. Realiti... not applicable. Hehe*.

I pun tak perfect. To tell the truth, I USED to:
Like novels.
Wrote novels / cerpen. 
Tulis madah-madah about love and life.
Wrote poems.

SHIFT to love:
Comics / manga.
Epic.

But then, when that happened, I started not like it *not hate it ya'*. I SHUT MYSELF. SHUT MY MIND. STOP to write. Then, when my friends dok sibuk-sibuk beli novel banyak-banyak. Baca banyak-banyak, I cakap kat depa, "nape suka sangat novel ni? Tak reti lah nak baca." Always said it to Cik Nad, Cik Iffa and Cik Bunga. I have the reason why *if you read this entry, now you know why*. Huhu. 

When I SHUT MYSELF, I was started TO FORGET what I did during my school days. Now I know the reason why I stop to like all those things. Juga just past few days, I terjumpa 'koleksi-koleksi' madah-madah yang I tulis. Bila baca balik, I said 'am I the one who wrote these?'. And just laugh. A louder one. That makes my memory come back.

So, the main point here, not a crime AT ALL to love all those things. Just bare in mind that fantasy is not reality. Kalaulah memang sama, it will be nice. Am I, right? *wish to have one too ^_^*

To my friends, Selamat Membaca Novel ^_^ *jangan berangan lebih, sudah. hehe* Jangan mare~ ^_^

Aug 4, 2011

First Love


This video sekadar mencuci mata~ I like this song, anyway. reminds me about my past.

"First Love.
Last Love. 
Only Love?"

Well, my first love will be always those who marry me in the future. Siapa? Well, I don't know. I ada je ramai ex-BF tapi bila break, their love dah macam tak effect. Sweet memories semuanya dah gone with the wind. My current BF? No comment. Hehe.

Last love? Will be my only husband. I mean yang akan jadi suami I ler. Tapi kalau curang? Err... will not be my last love kot... *wink~!*

Only love? Just only Him. You know what I mean. The only love that never fade away. Never change. No curang-curang. Absolute love. 

What about you? Think about it ya'~! ^_^

Aug 3, 2011

Tokoh Keluarga *love this one*

 Hi peeps!
I tak nak explain banyak-banyak yer. Ni karangan Cik Aja. So sweet~~~ *want to laugh anyway. haha* Pape pun, should give big applause to her for completing her project. Enjoy your reading ^_^

"Saya memilih ibu saya menjadi tokoh pilihan saya kerana ibu saya seorang yang peyayang, rajin dan kadang-kadang ibu saya sangat tegas pada kami sekeluarga. Ibu saya seorang yang tidak mudah berputus asa dalam sesuatu perkara yang dilakukannya. Beliau selalu berpesan kepada kami hormatilah kedua ibu bapa  dan guru kami kerana merekalah orang yang mendidik kita hingga kita besar.

Selain itu, ibu saya juga seorang yang suka membuat kuih. Ibu saya akan membuat kuih yang ditempah oleh orang. Ibu saya juga seorang yang rajin menanam pokok bunga yang cantik-cantik bunganya. Ibu saya juga seorang yang prihatin akan anak-anaknya. Contohnya, ibu saya akan memeriksa buku-buku sekolah dan selalu mengambil berat tentang kesihatan anak-anaknya. 

Di samping itu, ibu saya tidak mementingkan dirinya sendiri kerana beliau selalu menolong saya membuat kerja sekolah jika saya tidak faham. Saya sangat bangga mempunyai ibu yang penyayang, prihatin, rajin dan bertanggungjawab."

Aug 2, 2011

Menumpang dan Tertumpang

Hello peeps!
Saja singgah blog. Update pape yang patut. Sekarang sesi menurunkan berat badan nasi di dalam perut. Hehe. Tengok sibuk-sibuk menaip, ada plak yang 'kacau' I tengah menaip. Hampeh! Potong stim betul nak menaip. Kalau sekali tengok, ada yang dah menjerit, melalak, seriau dan macam-macamlah. 

I taklah takut. Cuma ada part-part yang kurang gemar. Nasiblah kau ni 'belaan' adikku. Kalau tak, lama dah cari orang nak 'halau' kau. Huhu. 

Dia penyibuk tapi pendiam tau~ Huhu.

Adik perempuan I gelarkan dia 'COMEYY~~"

Hm... tang mana? Tang mata yang macam guli or mata macam burung ni...

Tengok betul-betul ye...

Da...