Apr 20, 2011

Hidup Setahun Setengah

Hi peeps!
Dah malam baru nak update blog. Busy menyiapkan tempahan. Bila petang baru berhenti dan menyediakan minuman petang. Hm... tadi masa mencuci kesan degil pada pinggan mangkuk, tiba-tiba I rasa sedikit sayu mengenangkan masa setahun setengah ni. Actually tak sampai setahun setengah pun. Kenapa setahun setengah? Sebab tulah jangka masa I nak menghabiskan sisa-sisa hidup I kat UIA ni. 

Teringat masa mula-mula masuk lebih kurang 3 tahun yang lepas. Suka tapi memberontak bila terpenjara kat CELPAD. Alhamdulillah dapat buat 1 sem je. Alih-alih sekarang dah pun third year. Insha'allah bulan 5 ni I dah pergi practicum. Bulan 9 pulak masuk 1 sem belajar. Selepas tu 6 bulan ke internship. Cepat betul masa akan berlalu. 

Dulu-dulu (tak lama dulu), I pernah berborak-borak dengan Cik Nad tentang jangka masa nak habis. Tup-tup dah habis pun sem baru-baru ni dan prepare nak ke practicum. Cepat sangat masa. Sama macam dulu-dulu waktu kat kolej. Bercerita tentang yang sama den Cik Iqa. Tau-tau dah pun tiba masa convo dan masing-masing membawa haluan sendiri dan berjauhan. Kini dengan Cik Nad, my CF and Cik Yati? Hm... perpisahan sekali lagi akan berlaku. Masing-masing akan membawa haluan sendiri dengan kehidupan yang berlainan. 

But before I habis, I wajib sertai program kat UIA. Aim yang terdekat: Ta'aruf Day (Hari Orientasi), Mock Trial (diadakan masa convo sahaja), dan lain-lain. Hm... agak sedih bila kenangkan benda-benda begini. Lepas graduate je, I nak kerja dulu. Insha'allah harap-harap dimurahkan rezeki. Then, I nak kawen. Umur tahun depan pun dah 27 tahun. Doakan kami dapat bersama. Then, bina my own family. Lepas 5 tahun I plan nak sambung master. Setakat ni my future husband pun beri peluang itu. Lebih-lebih lagi dai pun nak capai cita-cita untuk letak title "Dr." kat depan nama dia. I belum teringin ke tahap tu kot. hehe. Sambung degree pun semacam satu kebetulan. Dah lama-lama, terasa nak sambung. my mum kata dah tua-tua baru nak study. Hehe. But I don't care. Long life learning. Yang selebihnya I tak merancang lagi. Tapi pada masa sekarang, tulah target I. Doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar ye~! hehe.

Opss! Tersasar jauh. Anyway, I pun harap-harap kawan-kawan  begitu juga. Dengan Cik Nad yang nak menjadi suri rumah sepenuh masa dirumah a.k.a counselor terhormat kat rumah. Juga sambung master dan seterusnya phD. Cik Yati yang nak menjadi akauntant yang berjaya dan dapat take care mak dia dengan baik. Tak lupakan my CF yang nak jadi seorang ustaz hot kat sekolah nanti. 

Hm... agak-agaknya apa yang berlaku tak lama lagi ye...? I'm waiting for that day...

No comments: