Apr 5, 2011

I'm NOT Popular Sanguine.

Morning peeps! Baru lepas selesai ! paper. Well, sedang menghadapi saat-saat bak habiskan lagi 5 paper. Nak habiskan tu alahai... payah benor... Anyway, tinggalkan begitu sahaja. Well, almost 3 years I 'berumah' di UIA ni. Duduk mahallah a.k.a kolej/hostel. Genap setahun je kena tukar bilik tapi dok kat I block yang sama. Setiap bilik ada cerita tersendiri. Bilik tukar, tapi partner I tak tukar. Belum pernah jemu untuk tukar roomate, Cik Yati. Mungkin dah selesa kot... Bermula short sem ni, tukar bilik dari tingkat 4 ke tingkat 3. Bila kira-kira balik, mungkin tak sempat genap setahun I akan tinggal sebilik dengan Cik Yati. Agak sedih sebab 4 tahun bersama-sama. Tak banyak kerenah dan memahami antara satu sama lain. Mula-mula nak dok sini, cuak gak sebab orang selalu dok bercerita tentang perangai roomates. Tak sebulu. Alhamdulillah, semuanya okay. Harap-harap berterusan. 

Okay, I terlajak bercerita tentang lain. Begini... selama almost 3 years ni, satu je yang tak suka dan merisaukan; bertegur sapa dengan jiran-jiran. Nak je berkawan dengan orang lain tapi kadang-kala kalau kita senyum, ada je orang tu tak membalas senyuman kita. Ada sekali tu, ada sorang sister tengah jemur kain. Lalu depan dia. Asyik tengok je I. Lalu, I pun bagilah sebuah senyuman. Tapi................!!!!!!!!!! Dia pandang I semacam je. Macam singa lapar! Haish! Scary kot. Tapi tak apa. I mencuba kali kedua di lain hari. Aduhai~~~ Tetap sama reaksinya. Masuk bilik, tengok diri sendiri. Dalam hati terkata-kata "Apa yang aku kurang? Salah pakai baju ka? Aku lawa sangat ke?"

*Cuba tersenyum jugak walaupun orang tak suka (~.~)*

I bukan jenis ramah-tamah sangat nak gi tegur-tegur orang. First time jumpa mestilah bagi senyum-senyum manis dulu tanda perkenalan, kita warmth dan openness. Tapi yang ni... Haish! Tak taula ceq nak habaq lagu mana...

So, apa pendapat anda semua ye? 
Senyum itu satu sedekah tau~~!

3 comments:

ika :) said...

mungkin kak ann kena senyum lagi panjang kot, mcm nie ^__________________________________^
hehehe~ sym2 la slalu ^^

nadia said...

senyum sokmo deh ^_^

Ruzanna Rahman ~♥ said...

@ikha: dh senyum lebih ke telinga. hehe. @nadia: ambo dh cbo dh~ tp xleh jgk. -_-!