Apr 18, 2011

Kawen itu senang

Selamat Petang semua!
I baru je lepas bergosip dengan my mum. Berjam-jam tapi ni belum pun lunch. Sakan bergosip. Hehe. Bergosip pulak tang kawen. Lagilah meleret-leret. Asalnya my mum tanya pasal bakal-suami-yang-bakal-jadi-favourite. Then, meleret-leret ke hantaran, nak merisik dan bertunang bila, tentang hati, tentang pilihan dan macam-macam lagi. Sebenarnya my mum agak risau dengan anak daranya yang belum kawen-kawen. Maklumlah anak sulong. Expectation tinggi. Tu belum masuk cerita ayah. Sekarang ni dah pandai berkirim salam dan tanya khabar kat bakal-suami-yang-bakal-jadi-favourite. Takde pulak tanya khabar I sangat. Huhu. Ayah yang terlebih excited. Scary~~

Tak lama lagi my BFF nak kawen. So, bersangkut-pautlah dengan I ni yang belum kawen. My mum risau kalau bakal-suami-yang-bakal-jadi-favourite tu sebenarnya tak serius. Kalau tak serius, I boleh cari lain *boleh cari lebih encem. hehe*. Tapi kan... I kurang gemar nak cari yang lain. Lebih kurang macam mengecewakan hati-hati lelaki. Tu pun nak cari sorang pun susah. Ingat macam pilih cupcake kat kedai ke? Macam cupcake, nampak cantik, comel, berselera nak makan dan nak banyak mana pun boleh. Cuma sediakan duit je. Cuba kalau kita pilih laptop... Mesti nak yang elok, tahan lama, luar dan dalam kena tip top dan semuanyalah. Harga pun mahal. Hehe. Tu analogy je... *sila jangan pilih orang cam pilih barang*. 

So, did you get it? Hm... bercinta dengan orang tends to have psychological risk. So, tu yang merisaukan my mum. Anak dara ni dahlah sulong. Lagilah yang ditunggu-tunggu. Sapelah yang tak nak tengok anaknya kawen.... kan? Kawen tu senang ke? Sape cakap?

No comments: