Apr 10, 2011

Rahmat Membunuh

Hi peeps! 
Hm... hari ni hari minggu tapi tak best sebab exam. Menjawab, berbahas dan memberi moral judgement untuk paper Contemporary  Moral Issues. Dahlah I ni jenis tak reti bahas-bahas ni. Nasiblah ada soalan yang ala-ala scientific sket. Ada 6 soalan dan kena jawab 4. Maka, I pun memilih untuk jawab soalan tentang incest, censorship, cloning dan euthanasia. Dua lagi soalan tentang corruption dan capital punishment. 

Hm... nasiblah lecturer kesayangan semua dan hot... Oops! bukan semua yer. Hehe. Lecturer ni memang suka pasal philosophy ni. Mau pening-pening nak kaitkan dengan moral judgement. Banyak guna moral reasoning. Ha! Pening tak? Hehe. I pernah tulis entry sket pasal dia (click sini kalau mau baca). So, tak hairanlah kalau dia memang suka berfalsampah berfalsafah. 

So, tengok pada title tu, agak-agaknya apa eh? Hm... tu cerita hal lain pulak. Pasal google translate. Google translate ni ala-ala dictionary yang kadang-kala tak boleh pakai jugak. Nak dijadikan cerita, I malas gila nak bukak dictionary, so just google translate. I nak cari maksud dalam BM untuk euthanasia. Perkataan lain adalah mercy killing. Bila google euthanasia, cam tak dapat jawapan. Bila mercy killing jadinya? Rahmat Membunuh. *ni rahmat (nama orang) pergi membunuh OR rahmat (was blessed) yang dapat daripada hasil membunuh?)

Ha! tak caye korang try google translate. I gelak macam nak bagai. Hahaha!
Moral justification: Jangan malas nak bukak dictionary!

2 comments:

AISHA INANI said...

hahahaha.
mmg tak bleh pakai pon.......

dia direct translate sgt ler kdg2. kelakaaa! muahahahaha.

Miss Ann ~♥ said...

@aisha: cam nthpahape la. xleh cye sgt. hehe